Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Zahid menegaskan tidak akan tunduk desakan supaya berundur ?

“Saya takkan berundur”.

Itu penegasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengulas gesaan Pemuda UMNO supaya beliau bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden parti sehingga kesnya di mahkamah selesai.

Katanya, beliau mengambil keputusan untuk terus mengemudi UMNO bersama barisan kepemimpinan yang ada sekarang.

“Mengalah bukan satu opsyen… saya mengambil keputusan untuk terus menggalas kepemimpinan UMNO bersama-sama Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung (Tan Sri Annuar Musa) serta kepemimpinan sayap.

“Apabila ada cadangan untuk saya bercuti atau dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggap ia satu opsyen.

“Mandat ini akan saya lakukan sehingga tamat penggal pemilihan kerana pemilihan jawatan dalam parti ditentukan Perhimpunan Agung (UMNO), bukannya disebabkan cadangan atau lain-lain yang tidak mengikut perlembagaan dan peraturan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan ahli akar umbi UMNO negeri di Bangunan UMNO Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Mohamad, Annuar, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan kepemimpinan UMNO Terengganu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ketika mengambil keputusan menawarkan diri sebagai presiden parti pembangkang, beliau sudah maklum mengenai pelbagai dugaan berat yang bakal dihadapi.

Katanya, beliau sedar pendakwaan terpilih akan berlaku kepada mana-mana pemimpin UMNO atau sesiapa pun yang menjadi pemimpin dan diketahui umum pendakwaan terpilih ini berbaur politik.

“Saya sudah memperkirakan bahawa tentu banyak dugaan. Saya sedar akan berdepan satu kuasa yang ‘hostile’ (bermusuhan) dan bertindak dalam bentuk mala fide dan saya terpaksa membayar harga terhadap keputusan yang saya ambil.

“Saya reda, tetapi apabila ada cadangan untuk saya bercuti atau dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggapnya satu pilihan,” katanya.

Pemuda UMNO dilaporkan menggesa Ahmad Zahid untuk mempertimbangkan supaya bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata gesaan itu adalah untuk memberi peluang kepada Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah menumpukan usaha membersihkan nama di mahkamah.

LIHAT video:
https://youtu.be/iRRVfUavykM

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...