Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Warga emas maut tertimbus tanah runtuh – “Masa itu saya sedang sembahyang sebelum dengar bunyi kuat”

SEORANG lelaki warga emas dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras, Ijok, dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, Perak, DSP Mohd Sabri Saad, mayat Hanudin Bahazim, 60, ditemui tertimbus di bahagian dapur oleh pasukan mencari dan menyelamat pukul 10.31 malam, Jumaat.

“Tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, isteri mangsa Milah Che Pi, 51, berkata semasa kejadian suaminya sedang tidur di bahagian dapur rumah mereka.

“Masa itu saya sedang sembahyang sebelum dengar bunyi kuat di bahagian dapur. Runtuhan itu berlaku dengan pantas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri memaklumkan, hujan lebat turut mengakibatkan sebahagian Jalan Rantau Panjang-Lata Tebing Tinggi runtuh.

Katanya jalan yang runtuh adalah sepanjang 200 meter dan kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri mengambil maklum berhubung kejadian tanah runtuh yang telah menjejaskan tiga buah rumah di kampung berkenaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan anggota penyelamat serta jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat selain membantu semua mangsa di lokasi,” katanya.

Difahamkan kira-kira 82 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pasukan perubatan Kementerian Kesihatan. – BERNAMA.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...