Sunday, April 18, 2021

Wanita UMNO Persoal PH Mansuh Elaun Kritikal… Khabar Duka Menjelang Tahun Baru

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
372,859
Kes keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
19,094
Total active cases
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
352,395
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
1,370
Jumlah kematian
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Wanita UMNO Malaysia mempersoalkan kewajaran kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam.

Ketuanya Datuk Dr. Noraini Mohamad berkata, jika benar ia tidak lagi relevan lagi, sepatutnya pemansuhan ini tidak dibuat secara pukul rata.

“Bidang kedoktoran contohnya, Malaysia masih kekurangan pakar-pakar yang penting di kebanyakan hospital terutamanya di luar Lembah Klang. Sebaiknya elaun kritikal masih dibuat untuk jawatan-jawatan ini sekaligus memberikan insentif untuk mereka melanjutkan pengajian dan kepakaran mereka di dalam pengkhususan yang kekurangan tenaga kerja.

“Keputusan kerajaan ini nampaknya bukan memberi sinar kepada penjawat awam bagi permulaan tahun baru tapi ia memberi khabar duka yang akhirnya merugikan kerajaan sendiri.

“Slogan ‘PH menang rakyat senang’ nampaknya sudah boleh ‘dimuziumkan’ kerana sebenarnya rakyat lebih menderita dibawah PH. Sudahlah satu-persatu elaun untuk rakyat ditarik dan dikurangkan kini penjawat awam pula bakal berduka diambang tahun 2020,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Justeru tegas Noraini, rakyat harus menilai dengan bijak dan mengambil tindakan melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Fikir dan nilailah dengan bijak. Bezakan zaman pentadbiran BN dengan PH sekarang ini. Zahirkan ketidakpuasan hati di peti undi nanti,” tegas beliau lagi. – UMNO-ONLINE

Artikel berkaitan