Saturday, June 12, 2021

Wanita lahir kembar 10 di Afrika Selatan

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
652,204
Kes keseluruhan
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
76,247
Total active cases
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
572,113
Sembuh keseluruhan
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
3,844
Jumlah kematian
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41

Seorang ibu di Afrika Selatan mencatat rekod dunia apabila berjaya melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Caesarean di sebuah hospital di Pretoria pada Isnin.

Wanita itu, Gosiame Thamara Sithole yang berusia 37 tahun melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga perempuan.

Suaminya, Teboho Tsotetsi memberitahu portal berita Pretoria News bahawa isterinya terkejut apabila melahirkan kembar 10 itu.

Isterinya itu hamil tujuh bulan dan tujuh hari sebelum melahirkan anak kembar itu. Pasangan tersebut juga mempunyai anak kembar dua berusia enam tahun.

Sebelum ini, isterinya itu menjangkakan melahirkan kembar lapan.

Pada tahun 2009, seorang ibu, Nadya Suleman di California, Amerika Syarikat melahirkan kembar lapan.

Dalam pada itu, Sithole dari Ekurhuleni berkata, dia tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan kesuburan.

Dia memecahkan rekod dunia apabila melahirkan kembar 10 kerana pada bulan lalu, seorang ibu dari Mali melahirkan kembar sembilan di sebuah klinik di Rabat, Maghribi.

Artikel berkaitan