Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Walau dihina, dicaci UMNO tetap lebih baik daripada PH

Walaupun pelbagai kata nista dan hinaan dilemparkan terhadap UMNO, hakikatnya UMNO lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH) tegas Timbalan Presiden parti yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Demikian bidas Mohamad terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak mempunyai idea dalam mengurus tadbir negara selain bertindak ‘copy paste’ sahaja.

Tambah Mohamad di laman media sosial Facebook dan Twitternya, ketika mereka berada di dalam blok pembangkang dahulu, apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO semuanya mereka kritik dan kutuk, tetapi sebaliknya kini setelah menjadi kerajaan mereka hanya tahu menukar nama sahaja.

“Mana lagi teruk, yang dituduh gagal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama je (sahaja) apa-apa yang pernah dikutuk dulu?

“Sebangsat-bangsat #UMNO, sehina-hina UMNO, dan seburuk-buruk UMNO yang dicaci, adalah lebih baik dari #PH sekarang,” tegasnya yang turut meletakkan tanda pagar (hashtag) #kerajaanph #copypaste di Twitternya.

Penjenamaan semula Pusat Transformasi Bandar dan Desa, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan terbaharu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah beberapa contoh dasar yang dahulunya menjadi mangsa kutukan PH tetapi kini terpaksa mereka ‘menelan kembali ludah’ kerana keberkesanan dasar tersebut dengan mengubah namanya sahaja.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...