Saturday, June 12, 2021

[Video] Sindiket penipuan dalam talian terbesar libat warga China tumpas

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
652,204
Kes keseluruhan
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
76,247
Total active cases
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
572,113
Sembuh keseluruhan
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41
3,844
Jumlah kematian
Updated on Jun 12, 2021 @ 21:41 21:41

Putrajaya– Satu sindiket penipuan dalam talian terbesar melibatkan 680 warga China yang beroperasi sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua suspek termasuk 77 daripadanya wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan dalam satu operasi semalam.

Katanya semasa serbuan, kesemua suspek sedang sedang menjalankan aktiviti scam yang menyasarkan mangsa di negara China.

Menurut beliau, kesemua premis berkenaan telah disewa dengan harga RM360,000 sebulan dan beroperasi lebih enam bulan lalu.

“Ketika serbuan ada antara 100 hingga 150 orang suspek berjaya melarikan diri setelah merempuh kepungan pegawai Imigresen sehingga ada suspek juga tercedera dan penguat kuasa kami sedang dalam misi mengesan dan menjejaki kesemua saki-baki suspek berkenaan.

“Semasa serbuan sebanyak 8,230 unit telefon bimbit, 174 komputer riba dab 787 komputer peribadi telah dirampas.

“Semasa anggota kami menyerbu, berlaku provokasi oleh operator-operator sehingga ada di antara suspek merempuh dan menyerang anggota kami sehingga ada yang cedera ringan dan telah dirawat sebelum keadaan dikawal dengan bantuan Imigresen Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Justeru katanya, kesemua barang rampasan turut disita dibawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) untuk siasatan lanjut dan maklumat berkaitan akan disalurkan kepada Polis. Bank Negara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tambah Khairul, hasil siasatan kebanyakannya datang ke negara ini dengan kaedah dan syarat yang betul menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) hanya untuk melakukan kegiatan penipuan atas talian berkenaan.

Namun hasil siasatan Imigresen mendapati hampir kesemua yang ditahan tidak dapat mengemukakan dokumen perjalanan sah dan sehingga sekarang tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan pasport kesemua suspek yang dicekup itu.

Pihak berkuasa Kedutaan China di Malaysia telah dimaklumkan mengenai tangkapan ini malam tadi untuk tindakan sewajarnya dan setakat ini kami tidak menerima sebarang respond daripada kedutaan tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua mereka dikenalpasti melakukan kesalahan dibawha Seksyen 39 (b) Kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa Pas sah dan Seksyen 15(1)(c) di bawah akta sama kerana tinggal lebih tempoh yang dibenarkan.

“Ketika ini kita sedang melakukan proses pengambilan cap jari dan butiran mereka menggunakan sistem biometrik dan kesemua suspek akan didakwa dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini pada masa akan datang manakala individu di belakang syarikat yang mendalangi aktiviti haram ini akan dicari hingga ke lubang cacing.

“Hasil risikan kami selama dua bulan mendapati mereka menjalankan penipuan pelaburan dan forex tidak sah mensasarkan mangsa dari China dengan menawarkan pulangan yang tinggi dan pantas menerusi modus operandi yang agak licik dan sistematik mengelak dikesan mangsa,” ujarnya.

Mengikut modus operandi sindiket berkenaan, jelas beliau, sindiket itu akan menghantar satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu menggunakan bahasa Mandarin China dalam aplikasinya dan segala urusniaga akan berlaku dalam WeChatPay atau bank di China.

“Hasil risikan kami selama 60 hari mendapati premis berkenaan beroperasi sebagai pusat panggilan yang dikawal pengawal keselamatan dan setiap tingkat dilengkapi ciri-ciri keselamatan ketat dengan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki premis itu.

“Terdapat juga rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan keluar masuk setiap individu dan kehadiran individu yang meragukan ke kawasan mereka.

“Mana-mana orang atau majikan diingatkan supaya tidak melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin seperti ini atau bakal berdepan tindakan undang-undang yang tegas dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Imigresen demi melincinkan penguatkuasaan,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Artikel berkaitan