Monday, May 10, 2021

[Video] Saya Tidak Sokong ‘Anwar’ Jadi PM ganti Tok Abah – Dr Mahathir

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
440,677
Kes keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
37,060
Total active cases
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
401,934
Sembuh keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
1,683
Jumlah kematian
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33

Tun Dr Mahathir Mohamad tegas menyatakan beliau dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu malah berharap tiada lagi percubaan dimainkan kononnya, beliau menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri.

“Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah beri sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam video berdurasi seminit.

Meskipun tidak menamakan secara langsung ucapan itu ditujukan kepada Presiden PKR, namun, ia jelas merujuk langkah Anwar yang mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini memaklumkan beliau mempunyai sokong lebih 120 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri sekali gus, membentuk kerajaan.

“Saya sendiri berada dalam parti baru saya iaitu Pejuang dan parti ini bebas tidak ada kaitan dengan mana mana parti ataupun individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapat sesuatu jawatan.

“Saya harap tidak ada lagi percubaan menyatakan kononnya saya sokong si polan- si polan, tak ada sokongan, terima kasih,” katanya Dr Mahathir ringkas.

Petang tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyatakan keterbukaan kepada semua Ahli Parlimen untuk menyertai kerajaan baharunya termasuk Dr Mahathir.

Artikel berkaitan