Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] “Saya isytiharkan YB memang juara penembak babi,” – Speaker DUN

AYER KEROH : Suasana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung hari keempat, hari ini bertukar seperti ‘pasar borong’ berhubung isu babi hutan menyebabkan persidangan terpaksa ditangguhkan sebelum sesi rehat.

Keadaan kecoh, lucu dan ‘panas’ mula berlaku selepas Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee, menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan (BN-Asahan) dengan mengeluarkan kata-kata ‘kasar’.

Suasana semakin riuh apabila Datuk Gue Teck (PH-Klebang) membangkitkan bilakah operasi menembak babi hutan selesai sekaligus menyebabkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN mencelah dan mendakwa soalan tambahan berkenaan tiada kaitan dengan soalan asal.

Keadaan menjadi semakin panas apabila berlaku pertikaman lidah antara beliau dan Datuk Seri Idris Haron (BN- Sungai Udang) apabila ketua pembangkang negeri itu mendesak kerajaan negeri supaya lebih sensitif berhubung isu migrasi babi hutan dari Sumatera, Indonesia, berikutan membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

“Masalah babi hutan ini sudah membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia apabila mereka (Indonesia) marah isu babi dikaitkan dengan mereka.

“Tengok ini Speaker, macam inikah cara EXCO kerajaan negeri menjawab soalan. Terang-terangan merendahkan taraf dewan Melaka,” katanya.

Norhizam yang terkenal dengan gelaran ‘YB Gengster’ bagaimanapun tetap mempertahankan dakwaan wujud migrasi haiwan liar itu dengan mendedahkan sebanyak 479 babi hutan berjaya ditembak dalam operasi yang dijalankan secara berkala, sejak Januari hingga Oktober ini.

Speaker DUN, Datuk Wira Omar Jaafar, secara berseloroh turut mengisytiharkan Norhizam sebagai juara penembak babi berdasarkan pencapaiannya itu diikuti tepukan gemuruh sidang dewan.

“Saya isytiharkan YB memang juara penembak babi,” selorohnya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...