Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] #PRKTanjungPiai: “Kalau Boleh Cepat Tukar Kerajaan… Lima Tahun? Tun M Tidak ‘Hancur’, Tapi Nelayan Yang ‘Hancur’”

TANJUNG PIAI, 7 Nov – Rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Piai rata-rata menuntut satu perubahan besar dan bukannya janji-janji manis ketika berkempen semasa Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).

Sentimen penduduk tempatan yang ditemui di Pekan Kukup rata-rata sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mengakui kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) lebih baik mengurus tadbir negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Bagi Lim Tian Hock, 56, peniaga ikan sangkar menyokong Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng agar kembali menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

Jelas beliau, warga Tanjung Piai amat menghormati Dr Wee kerana sering membantu rakyat tanpa mengira waktu jika mahu berjumpa dengannya.

“Kita mesti sokong Dr Wee, beliau sering membantu masyarakat. Setiap tiga bulan beliau akan turun, kadang-kadang satu minggu atau dua minggu pun beliau tetap berjumpa.

“Kita nak cari makan susah… kalau bot rosak, dalam masa 24 jam Dr Wee cepat mengambil tindakan serta membantu para nelayan,” katanya.

Tambahnya, Dr Wee selalu membantu orang-orang susah dan juga nelayan-nelayan seperti memberi minyak, memperbaiki sangkar-sangkar ikan yang telah rosak serta bot-bot nelayan.

“Tak payah tunggu lima tahun … kalau boleh cepat tukar kerajaan dalam masa tiga tahun. Kalau tunggu lima tahun, Tun Dr Mahathir tidak ‘hancur’ tapi nelayan yang ‘hancur’… susah cari makan … apa pun tak boleh dapat,” tegasnya lagi.

Bagi Emily Tan, 29, peniaga buah-buahan di Terminal Feri Kukup merasa gembira apabila Dr Wee kembali menjadi calon BN pada PRK ini.

“Dr Wee banyak membantu masyarakat di kawasan Kukup ini, tidak kira siapa beliau akan membantunya sama ada orang Cina, Melayu mahupun India. Semasa beliau menjadi wakil rakyat, Dr Wee pernah membantu pelajar Melayu yang miskin, beliau memberikan beg, peralatan serta pakaian sekolah.

“Perniagaan di sini semakin malap semenjak PH memerintah tetapi beza masa BN, perniagaan di sini cukup baik, setiap hari terdapat tujuh kali feri berlabuh dari Tanjung Balai, Indonesia,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Tambah Emily, dahulu ramai pelancong hadir menggunakan perkhidmatan feri tetapi kini pengangkutan feri tidak serancak dahulu kerana pelancong semakin berkurangan hingga menjejaskan perniagaan.

“Dulu Dr Wee pernah membantu kita, jadi sekarang ini kita harus membalas jasa beliau. Saya berharap pengundi yang di luar Tanjung Piai pulang ke kampung dan mengundi Dr Wee, berilah Dr Wee peluang sekali lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loh Soh Eng atau Soh Eng, 48, pemilik inap desa kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH yang tidak membantu peniaga dan masyarakat di luar bandar.

“Pentadbiran kerajaan BN lagi bagus dari kerajaan PH sekarang ini. Semenjak memerintah pelancong yang datang ke sini semakin berkurangan dari dulu.

“Saya pergi ke mana-mana dan berjumpa kawan-kawan peniaga semuanya merungut kerana tiada pelancong yang datang ke sini dan hasil jualan semakin berkurangan.

“Ekonomi sekarang semakin teruk, perniagaan inap desa juga akan terjejas,” ujarnya.

Sementara itu, tambah Soh Eng lagi bangsa Cina sekarang ini sudah kembali kepada BN kerana mereka sudah kesal dan tersalah undi.

Dalam masa yang sama, Teo Ming Hua, 57, peniaga cenderahati, juga kecewa apabila Terminal Feri ke Tanjung Balai telah ditutup selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Katanya, pelancong begitu ramai jika feri ini beroperasi dan penduduk di sini dapat banyak manfaat jika dikembalikan oprerasinya.

“Pengangkutan feri sudah tutup empat bulan, sekarang ini meniaga susah … feri pun tak jalan, sewa kedai kena bayar, bila buka kedai tak ada orang nak beli.

“Pelancong tempatan selalu datang tapi sekadar melihat barang-barang cenderahati tapi tidak membelinya. Mereka perlu menjimatkan wang untuk membeli barang-barang, lagi pun kos kehidupan sudah tinggi.”

Apabila ditanya mengenai calon BN bagi PRK Tanjung Piai, Teo berkata Dr Wee adalah seorang yang baik, sering membantu penduduk kawasannya dan cepat bertindak serta membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang ditimpa penduduk. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...