Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan.
Sebuah kenderaan suspek Nissan Frontier warna hitam enggan berhenti ketika ditahan oleh Peronda Trafik Balai Jalan Tun Razak (JTR 9)
Pada mulanta JTR 9 telah terlihat kenderaan suspek yang mencurigakan di Lorong Keramat, Kg Datok Keramat dan mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Suspek enggan berhenti dan melarikan diri.
Ketika di Persimpangan Jalan Semarak menghala ke Jalan Tun Razak arah selatan, kenderaan suspek telah berhenti kerana kesesakan lalulintas.
JTR 9 telah mengarahkan suspek berhenti dan keluar kenderaan bagaimanapun suspek telah memecut laju dan cuba melanggar salah seorang anggota JTR 9 yang ketika itu berada di sebelah kanan hadapan kenderaan suspek.
Anggota tersebut telah mengelak dan melepaskan satu das tembakan dan mengenai tayar belakang sebelah kanan kenderaan suspek.
Suspek terus melarikan diri dan kenderaan suspek berjaya ditahan di Hadapan Lot 10 Jalan Bukit Bintang.
Kedua-dua suspek seorang lelaki dan wanita serta kenderaan dibawa ke Balai Polis Setiawangsa untuk tindakan lanjut.