Monday, May 10, 2021

[Video] Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19: Agong kesal masih banyak kenderaan diatas jalan

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
440,677
Kes keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
37,060
Total active cases
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
401,934
Sembuh keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33
1,683
Jumlah kematian
Updated on May 10, 2021 @ 3:33 03:33

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyertai operasi pemeriksaan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan kerajaan.

Menerusi satu video yang mula tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp, Baginda memakai penutup hidung dan mulut dilihat membantu anggota polis mengawal lalu lintas dalam satu sekatan jalan raya di ibu negara.

Umum mengetahui Baginda memiliki sifat keperibadian tinggi dan begitu mengambil berat mengenai nasib rakyat dan negara.

Sebelum ini, Baginda menzahirkan simpati merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Selasa lalu.

Selain itu, Baginda turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama terus berdoa memohon negara segera pulih daripada ancaman Covid-19.

Artikel berkaitan