Sunday, April 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] Krisis air Selangor dah macam pesta perayaan tahunan yang disambut oleh rakyat

Saya pernah bagitau pada YB Gombak semasa dia Menteri Besar Selangor yang isu krisis air Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih kritikal dari isu 1MDB.

Sampai panas punggung melenting saya sentuh isu Air Selangor.

Kenapa saya kata begitu tentang isu air?

Sejak PKR menerajui negeri Selangor, isu air ni seperti pesta perayaan berulang-ulang yang akan disambut oleh rakyat negeri Selangor beberapa kali setiap tahun.

Sedih melihat rakyat Selangor terutamanya yang sudah berusia dan tanpa anak-anak disisi yang terpaksa mencari rezeki di ibu kota terpaksa mengerah tulang empat kerat untuk mengangkut air yg diagihkan dan lebih teruk lagi jika duduk di flat tanpa lif!

Dulu, PKR dan DAP asyik menolak dan menangguh projek-projek air yang dirancang oleh kerajaan pusat BN, kononnya perjanjiannya berat sebelah dan hanya orang UMNO yg dapat.

“Julai 2012: Selangor perlu air terawat, bukan Langat 2 – Exco”
http://www.keadilandaily.com/selangor-perlu-air-terawat-bukan-langat-2-exco/

Dikatakan mereka juga masa itu bahawa air di Selangor adalah cukup dan BN hanya mahu menakut-nakutkan pengundi atau mempolitikkan isu air.

Tetapi kerajaan pusat BN masa itu tetap tegas untuk meneruskan projek terowong air Pahang-Selangor dan projek loji air Langat 2 kerana kita tahu masalah bekalan air akan semakin serious akibat pertumbuhan tahunan industri dan jumlah penduduk Lembah Klang.

Antara yang menjadi mangsa masa itu termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tan Sri sedar bahawa masalah air Selangor semakin parah dan dia tegas untuk menandatangani perjanjian pengstrukturan air dengan kerajaan pusat BN – termasuk memberi kebenaran untuk kita membina loji air Langat 2.

Malangnya, isu perjanjian ini dijadikan antara isu utama oleh PKR dan DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, kononnya dia telah mengkhianati parti.

“Pua dan Liu Perlu Diajar Mengenai Industri Air – MB Selangor”
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/06/28/indusrtri-air

Hari ini kita terbukti betul kerana projek-projek inilah juga yang dilaungkan oleh kerajaan PH sebagai penyelesaian masalah bekalan air.

Yang PH buat sahaja ialah membeli syarikat swasta SPLASH pada harga RM2.7 bilion sebaik sahaja PRU14 selesai – iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh Tan Sri Khalid.

Minggu lepas pula, kerajaan PH meneruskan projek Bandar Malaysia milik 1MDB bernilai RM140 bilion yang bukan sahaja mampu menjelaskan segara hutang RM32 bilion 1MDB tetapi akan menjana keuntungan berpuluh bilion lagi untuk negara.

Jauh dari memufliskan negara seperti dituduh oleh YB Gombak masa itu.

Dah la pemberian air percuma sudah banyak dikurangkan selepas PRU14.

Air pili yang kena bayar pun takde juga?

Air botol mineral pun telah dikenakan cukai SST 10%.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...