Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] Dewan menjadi kecoh Timbalan Menteri jawab macam orang sewel

Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid menempelak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang bersikap tidak matang dan profesional ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan).

Sebagai pemimpin kerajaan yang dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang, Mahdzir berkata Ahli Jawatankuasa Pusat PAN itu telah menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana di dalam penggulungannya hanya membuat provokasi dan tidak menjawab isu-isu serta persoalan yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan ahli Dewan Rakyat selama dua hari.

“Saya amat merasa kecewa akan kejadian ini, termasuklah sedih kerana seorang pemimpin yang tertinggi di dalam kerajaan Malaysia bersikap begini di dalam Dewan yang penuh mulia.

“Ahli Parlimen pembangkang juga telah membantah pemansuhan Undang-Undang Antiberita Tidak Benar ini dengan undian belah bahagian.

“Alhamdulillah walaupun tewas undian sebentar tadi, petang ini Ahli Parlimen BN, PAS dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) bersatu hati dalam memberikan undian tidak bersetuju dengan RUU ini,” ujar Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dalam satu kenyataan.

Seterusnya, Naib Presiden UMNO itu berkata ia merupakan permulaan yang baik bagi pihak pembangkang untuk terus berjuang dengan penuh semangat dalam membangkitkan isu-isu rakyat.

Mahdzir juga berkata apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini merupakan satu sejarah hitam buat dewan tersebut.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...