Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Vaksin Indonesia sedia diuji secara klinikal pada manusia

Indonesia akan segera memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 Merah Putih ke atas manusia yang dihasilkan negara itu, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik Badan Pengawasan Makanan dan Ubat-ubatan (BPOM).

Vaksin itu yang dibangunkan bersama Universiti Airlangga (Unair) dan PT Biotis Pharmaceutical Indonesia, sudah diserahkan kepada BPOM untuk pengembangan dan ujian klinikal lanjut.

Bercakap pada sidang media semalam, Ketua BPOM, Penny K Lukito, berkata Unair mencapai kemajuan paling besar di antara enam institusi dan universiti domestik yang mengambil bahagian dalam membangunkan vaksin Merah Putih.

Selepas menjalani ujian praklinikal kepada tikus yang diubah secara genetik, vaksin virus yang tidak aktif kini sedang menjalani ujian ke atas monyet.

Penny berjanji bahawa BPOM akan terus menyokong dan memantau Unair dan PT Biotis Pharmaceuticals Indonesia supaya vaksin dihasilkan menepati dengan standard antarabangsa.

Pada hari sama, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, berkata pembukaan kembali sekolah selepas setahun setengah pembelajaran dalam talian adalah keutamaan kerajaan pada masa ini.

Dalam ucapannya, Nadiem berkata, usaha itu bertujuan untuk mengurangkan jurang pendidikan yang disebabkan oleh pembelajaran dalam talian, dengan menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian mempengaruhi keupayaan dan psikologi pelajar.

Kementerian meminta penduduk setempat yang dibenarkan untuk membuka semula sekolah supaya mengadakan pembelajaran bersemuka dalam kumpulan kecil.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia membenarkan sekolah di daerah yang menguatkuasakan sekatan tahap 1, 2 dan 3 untuk mengatur pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...