Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Usul Percaya: Perteguh mandat kepada Ketua Kerajaan

SAYA menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa mana-mana perubahan yang dilakukan mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang negara adalah perubahan yang ‘sah’ sekalipun ia dilakukan mengikut ‘tingkap’.

Perlembagaan Negara dan undang-undang negara mahupun negeri tidak menghalang perubahan kerajaan walaupun ia melibatkan perubahan keseluruhan kerajaan seperti yang bermula di Terengganu pada 1960 dan paling mutakhir berlaku di Perak pada 2009.

Malah, jika dilihat kepada pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak, Sabah dan Kedah selepas berakhirnya PRU14 pun, ia boleh dikira sebagai penubuhan kerajaan yang dilakukan mengikut ‘tingkap’ kerana tiada pemenang muktamad di ketiga-tiga negeri ini.

(i) Di Sabah, kedudukannya adalah 29 kerusi WARISAN-PH dan 29 kerusi Barisan Nasional (BN) sehinggalah ADUN BN menyeberang.

(ii) Di Perak, kedudukannya adalah 29 kerusi PH, 26 kerusi Barisan Nasional dan 3 kerusi PAS sehinggalah ADUN BN menyeberang.

(iii) Di Kedah, kedudukannya adalah 18 kerusi PH, 15 kerusi PAS dan 3 kerusi BN sehinggalah ADUN BN menyeberang.

Di dalam ketiga-tiga keadaan ini, tidak kedengaran pun pihak-pihak yang sekarang lantang menyelar usaha untuk kononnya mewujudkan Kerajaan Pusat melalui pintu belakang ini bersuara mengecam amalan mewujudkan Kerajaan Negeri melalui pintu belakang.

Jika perubahan kerajaan yang melibatkan pertukaran ketua kerajaan sekalipun adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Negara dan undang-undang negara maka apatah lagi perubahan kerajaan yang sama sekali tidak melibatkan pertukaran ketua kerajaan.

Apa yang paling penting adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam melantik seorang Perdana Menteri di bawah perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Negara yang wajib diakuri.

Selagi mana pada hemat Yang di-Pertuan Agong seorang Perdana Menteri mungkin masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat mengikut perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Negara maka beliau akan kekal sebagai seorang Perdana Menteri.

Mengikut perkara 43 (5) Perlembagaan Negara, Perdana Menteri juga boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan mana-mana Menteri dan menggantikan mereka dengan Menteri-Menteri lain mengikut perkara 43 (2) (b).

Inilah yang mahu dilakukan oleh PAS dalam sidang Parlimen yang bermula pada 9 Mac nanti, iaitu mengemukakan “Usul Percaya Terhadap Perdana Menteri” bagi memastikan bahawa Perdana Menteri masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Jangan sesekali dikatakan ini adalah perlakuan yang sia-sia, membazir masa atau tidak mengikut peraturan kerana ia amat penting bagi memastikan kestabilan negara dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, khususnya perkara 18 (1).

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
– HARAKAHDAILY 9/2/2020

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...