Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Umno terbuka terima kembali MP keluar parti, kata Zahid

Umno bersedia menerima kembali bekas anggota yang menyesal dengan keputusan mereka meninggalkan parti itu, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu mendakwa ada kalangan anggota parlimen yang tidak dipedulikan oleh penduduk kawasan masing-masing setelah meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Umno-BN terbuka kalau agak-agak (mereka) menyesal berada di sana, dan tidak dipedulikan.

“Malah di kalangan mereka, apabila balik ke kawasan, hatta solat Jumaat […], tidak ada orang mempedulikannya. Bila nak bersalam, lepas sembahyang Jumaat, saya kasihan, tidak ada orang mahu bersalam.

“Seolah-olah ada najis mughallazah, (najis) yang paling berat, paling kotor,” katanya ketika berucap dalam ceramah Mega Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam malam tadi, seperti dipetik Malaysia Gazette.

Mengambil perumpamaan perceraian dalam Islam, Zahid berkata pasangan masih boleh ‘rujuk’ kembali setelah jatuh talak.

“Saya tahu ada di kalangan mereka yg menyesal, Tan Sri Noh Omar tahu. Kawan-kawan kita juga berjumpa, mereka mahu masuk kembali.

“Saya kata, di dalam islam, dari segi munakahat hukum pernikahan, talak ada tiga. Talak pertama dan talak kedua boleh rujuk balik. Talak ketiga adalah tak boleh rujuk,” katanya.

Tidak kurang 17 anggota parlimen Umno keluar parti setelah kekalahan BN dalam PRU lalu. Kebanyakannya menyertai Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya ialah anggota parlimen Jeli Mustafa Mohamad, Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Anifah Aman (Kimanis), Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Rozman Isli (Labuan), Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran), Abd Rahim Bakri (Kudat), Zakaria Mohd Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipatang).

Malah hal itu menyebabkan Zahid mengambil cuti seketika daripada jawatan presiden Umno dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Mohamad Hasan untuk beberapa bulan.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...