Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

UMNO Selangor Kecam Tindakan Ahli Parlimen Sabak Bernam Keluar Parti

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor mengecam tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang mengambil tindakan keluar parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah amat tidak wajar dan ia satu pengkhianatan kepada para pengundi dan jentera UMNO yang bersusah payah bekerja untuknya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“UMNO Selangor berasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam ini. Dia perlu sedar bahawa dia bertanding atas tiket parti iatu BN dan kemenangan beliau adalah hasil kerja keras dan sokongan pengundi di Sabak

“Tindakan beliau adalah tidak wajar untuk pengundi di sini dan saya berharap pihak Ibu Pejabat UMNO akan mengambil tindakan kepada beliau,” ujar beliau dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di sini, hari ini.

Tegas Ismail Sabri, sekiranya Fasiah seorang yang bermaruah dan bermoral, beliau sepatutnya harus meletak jawatan dan bertanding semula sebagai bebas atau mewakili mana-mana parti lain.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut menyatakan empat lagi ADUN BN di negeri itu telah menyatakan taat setia untuk terus menyokong perjuangan UMNO.

“Saya ingin nyatakan di sini, walaupun ramai Ahli Parlimen yang lompat parti tetapi UMNO di akar umbi masih utuh. Contoh seperti Tok Pa (Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed), dia lama jadi Ketua UMNO Bahagian Jeli, jadi Ahli Parlimen tapi bila dia keluar UMNO bahagian Jeli masih terus kukuh dan tidak ada cawangan yang bubar.

“Begitu juga dengan tempat lain di mana Ahli Parlimen mereka lompat tapi tidak ada cawangan pun yang ditutup. Mereka keluar parti adalah atas tiket peribadi dan bukannya pendirian UMNO bahagian terbabit,” tegas beliau lagi.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...