Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Walau diasak, UMNO Sabah tetap wujud jadi benteng rakyat

Pemuda UMNO Negeri Sabah menafikan berita mengenai pembubaran UMNO negeri tersebut.

Menurut Ketuanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain, penularan berita tersebut hanyalah dimainkan pihak lawan untuk memecah-belahkan kesatuan dan kekuatan dalam parti di peringkat akar umbi.

“Sehingga kini, kesemua 25 Bahagian di negeri ini masih utuh dan kuat. Malah, UMNO di peringkat negeri sedang merencana dan menggerakkan usaha-usaha transformasi untuk memperkukuhkan UMNO di peringkat akar umbi agar terus relevan dengan landskap dan keperluan politik pada masa kini.

“Ini dapat dibuktikan melalui program-program khidmat masyarakat yang sedang giat dijalankan di setiap bahagian-bahagian. Malah sambutan yang diterima di peringkat akar umbi amat memberangsangkan.

“Rata-rata, ahli di peringkat akar umbi mahukan kepimpinan UMNO terus bertahan dan istiqamah dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara walaupun sedang diasak oleh kerajaan dengan tekanan-tekanan yang lebih bersifatkan politik balas dendam,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya lagi, walaupun adanya desas-desus terdapat beberapa pemimpin seperti Ketua Bahagian akan meninggalkan perjuangan parti kerana tidak mampan dengan tekanan-tekanan politik tersebut, tetapi masih ramai yang berkelayakan serta berkaliber.

“Hakikatnya lebih ramai pemimpin mempunyai jati diri pejuang di peringkat bawah yang akan tampil beramai-ramai untuk menggalas dan memangku kepimpinan bahagian.

“Ringkasnya, UMNO Sabah mempunyai struktur hierarki organisasi yang cukup sempurna dan teratur.

“Sekiranya pemimpin memilih haluan untuk meninggalkan perjuangan, UMNO Sabah tidak kering dengan pemimpin-pemimpin pelapis muda yang lebih bersih, dinamik serta energetik,” tegasnya.

Justeru ujarnya, UMNO Sabah akan terus bersuara ‘Suara Rakyat’ dan akan terus mempertahankan negeri ini daripada terus dijarah oleh polisi-polisi politik sang penguasa yang terus menerus menekan kehidupan rakyat.

“UMNO perlu terus wujud sebagai benteng terakhir rakyat di negeri ini,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...