Sunday, January 29, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

UMNO Sabah boleh tentukan sendiri calon PRK Parlimen Kimanis

KUALA LUMPUR: UMNO Sabah mempunyai autonomi menentukan calon sesuai untuk dipertaruhkan mewakili parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia sebahagian komitmen dipersetujui pimpinan tertinggi sebelum ini yang mahu memberi lebih autonomi kepada UMNO di negeri itu.

“Salah satu kita punya tawaran autonomi adalah, UMNO Sabah boleh namakan calon mereka. Kita mahu mereka namakan calon yang boleh menang.

“Saya tidak kenal (calon yang sesuai). Orang di sana saja yang tahu siapa calon sesuai jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanding dalam PRK Kimanis. Setakat ini calon ini pun belum diputuskan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam memaklumkan UMNO akan meletakkan calonnya pada PRK Kimanis, yang kini diisytiharkan kosong.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tidak sah dan terbatal.

Mengulas gesaan pemuda UMNO supaya Muafakat Nasional diinstitusikan seperti BN, Mohamad berkata belum ada keputusan ke arah itu.

Katanya, UMNO dan PAS akan melihat hasil kajian jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dua parti itu sebelum ini, sama ada menjurus ke arah berkenaan atau tidak.

“Sekarang kita tidak ada ikatan apa-apa. Piagam (Muafakat Nasional) adalah rangka kerja. Ia tidak mengikat mana-mana parti, sebaliknya hanya persefahaman kedua-dua parti.

“Contohnya kalau ada PRK, macam ada keputusan di Parlimen, macam mana kita boleh putuskan (secara bersama).

“Setakat ini memang belum ada apa-apa keputusan (diinstitusikan). Kita tunggu laporan jawatankuasa teknikal dulu,” katanya.

BHOnline
5 Disember 2019

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...