Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

UMNO Jurubicara Rakyat, PAU 2019 Penyambung Harapan Dan Masa Hadapan – Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa UMNO adalah jurubicara rakyat dan kelangsungan Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang bakal bermula Khamis, akan menyaksikan parti keramat ini menjadi harapan bukan hanya ahli parti tetapi rakyat keseluruhannya.

Jelas beliau, ini juga kerana rakyat berasa kecewa dengan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) maka harapan diletakkan kepada UMNO untuk menjadi suara yang akan menyambung lidah rakyat tetapi juga terlalu banyak isu yang perlu diketengahkan.

“Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam rantaian pilihan raya kecil mutakhir ini telah menaikkan semangat ahli UMNO dan rakan-rakan dalam komponen BN serta rakan baru kita PAS dalam Muafakat Nasional. Tentunya semangat baru ini bukan hanya sesuatu yang datang kerana kemenangan sahaja tetapi oleh kerana terdapat beberapa harapan daripada akar umbi yang meminta bukan hanya kepimpinan tertinggi dalam UMNO tetapi para perwakilan negeri-negeri melalui jurucakap untuk menjadi jurubicara kepada rakyat.

“Ini semua kerana rasa kecewa rakyat dengan prestasi PH maka UMNO diharapkan dapat menjadi lidah rakyat untuk menyuarakan isi hati mereka di Perhimpunan Agung UMNO kali ini,” ujar beliau dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang bakal berlangsung bermula 4 hingga 7 Disember ini, di PWTC.

Jelas Zahid, dalam menjadi jurubicara rakyat ini, jawatankuasa usul ibu pejabat UMNO akan meneliti semua usul yang telah diperbahaskan bukan hanya diperingkat persidangan bahagian-bahagian tetapi juga melalui konvensyen negeri-negeri yang telah diadakan.

“Semua usul ini akan kita teliti dan tidak akan dibakulsampahkan kerana kita sedar suara akar umbi harus diberi perhatian. Kita juga sedar rakyat mengharapkan UMNO sebagai parti pembangkang dan kita faham kesengsaraaan rakyat.

“Sebagai pembangkang kita juga merasa kesengsaraan itu tetapi hikmah yang kita terima adalah kita semakin istiqamah, kita semakin kuat, kita semakin berdaya tahan dan belajar sebagai pembangkang kerana kita merasakan bahawa para perwakilan khususnya jurucakap tentunya akan melahirkan apa yang ada dalam suara hati ahli UMNO di peringkat akar umbi, di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat negeri,” ujar beliau lagi.

Bercakap mengenai kelainan yang bakal dibawa pada perhimpunan ini pula jelas Zahid, pembahas terutamanya jurucakap negeri akan membahaskan pindaan-pindaan UMNO bagi meremaja dan terus merelevankan UMNO dalam persada politik tanah air.

“Insya-Allah kelainan Perhimpunan Agung UMNO akan dapat dirasai oleh semua pihak walaupun mereka tidak dapat hadir di perhimpunan ini,” katanya.

Menyedari perhimpunan ini bakal menjadi tumpuan ramai baik dalam mahupun luar negara, Zahid mengingatkan semua pihak agar berhati-hati ketika mengutarakan pandangan agar ia tidak menjadi bahan provokasi kepada mereka yang cuba memecah-belahkan penyatuan UMNO.

“Saya meneliti semua lontaran pandangan dan bukan hanya di media sosial dan konvensional tetapi beberapa mesej yang saya perolehi daripada rakan-rakan di luar negara dan begitu juga rakan-rakan dan NGO yang pastinya akan meneliti apakah ‘new deal’ atau tawaran-tawaran baru serta kelainan yang akan dilontarkan oleh jurucakap dan tentunya mereka mengharap agar ucapan dasar saya menyentuh UMNO sebagai jurubicara kepada rakyat.

“Pada waktu yang sama kita harus lekatkan di minda dan hati iaitu pasti ada pihak yang tetap akan mencari kelemahan kita, kesilapan kita, kesalahan kita bukan hanya dalam ucapan dasar Presiden tetapi ucapan perasmian sayap-sayap dan juga ucapan oleh perwakilan negeri-negeri.

“Biarpun kita tidak menyekat jurucakap negeri-negeri untuk melontarkan apa juga pandangan tetapi kita tahu ada jerangkap samar yang sentiasa dipasang untuk melakukan ‘spinning’ kepada ucapan yang dianggap seolah-olah kita adalah sebuah parti perkauman, kita ekstrem dalam memperjuangkan isu-isu bangsa dan agama,” tegas beliau.

Justeru katanya, semua pembahas dan jurucakap harus lebih ke hadapan untuk berfikir dan meneliti sebelum melontarkan pandangan-pandangan yang dianggap menjadi kelemahan oleh pihak lawan politik. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...