Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

UMNO ambil semula kerusi ditandingi Gerakan di Pulau Pinang

UMNO negeri Pulau Pinang akan mengambil semula sekurang-kurangnya enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini ditandingi Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu memandangkan Gerakan kini bukan lagi sebahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) berikutan bertindak keluar selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, dengan pertambahan kerusi itu, UMNO akan bertanding sebanyak 21 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang daripada keseluruhan 40 kerusi di negeri ini.

“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih jauh, tetapi penyusunan gerak kerja dan hala tuju perlu dibuat dari sekarang sebab semangat ahli-ahli UMNO khususnya di negeri ini cukup tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO negeri ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir pagi tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Musa menyuarakan hasrat untuk megambil semula antara tiga hingga enam kerusi DUN yang mempunyai lebih 30 peratus pengundi Melayu untuk ditandingi calon UMNO pada PRU15.

Menurut Musa, perkara itu berikutan calon Gerakan gagal memenangi kerusi itu dalam tiga pilihan raya umum terakhir selain parti tersebut kini juga bukan lagi sebahagian komponen BN.

Sementara itu, ditanya lanjut mengenai enam kerusi DUN tersebut, Zahid berkata, perinciannya akan dibuat UMNO negeri dan akan diumumkan apabila tiba masanya.

Tambahnya, baki daripada 13 kerusi yang sebelum ini ditandingi Gerakan juga akan diputuskan kelak berdasarkan kerjasama yang akan dibentuk BN menjelang PRU15.

“Kawasan (DUN) mana akan diputuskan nanti, baki tujuh lagi kerusi kita akan runding sama ada untuk parti komponen atau parti-parti lain yang akan dijenamakan semula,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...