Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Ucapan Tun M Di Kongres Pengakuan Terbuka Kerajaan Gagal Jayakan Agenda Melayu – Annuar

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pengakuan secara terbuka pada Kongres Maruah Melayu bahawa kerajaan hari ini tidak berupaya menjalankan agenda Melayu.

Menurut beliau pada masa yang sama ucapan Tun Dr Mahathir juga menjelaskan kekuatan dalam kerajaan juga terjejas akibat daripada perpecahan yang berlaku hari ini.

“Hari ini Tun Mahathir telah buat pengakuan dua perkara penting. Pertama beliau mengakui kerajaan hari ini tidak cukup Melayu dan tidak berupaya menjalankan agenda Melayu dan itu pertamanya diakui secara terbuka dan keduanya beliau berpendapat bahawasanya kerana kita berpecah-belah maka hilang kekuatan, terpaksa menjaga hati orang lain.

“Jadi ini dua pengakuan yang dibuat dan itu sememangnya kita nampak begitu,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai delegasi UMNO ke Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Malawati.

Selain Annuar, Bendahari yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang terdiri daripada beberapa pemimpin seperti Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Azlan Man, Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Mejar Jen. (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Shahril Sufian Hamdan dan yang lain-lain.

Atas dasar itulah tegas Annuar, UMNO dan PAS mencari jalan menerusi gagasan penyatuan ummah.

“Kita nampak kerajaan sekarang lemah, kita juga nampak kerajaan sekarang terlalu banyak menjaga hati dan hari ini Tun Mahathir membuat pengakuan dan sebab itulah gagasan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS kita merasakan kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut kerana kerajaan sekarang tidak mampu maka UMNO dan PAS akan melakukan,” ujarnya.

Tambah Annuar lagi kehadiran mereka ke kongres berkenaan dapat mendengar dengan dekat walaupun tidak mengambil bahagian dalam kongres terbabit.

“Kita dijemput untuk hadir dan menghormati penganjur dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) merasakan kita harus hadir dan kita mendengar walaupun kita tidak mengambil bahagian dalam kongres.

“Ada beberapa perkara yang kita rasa sependapat dan kita juga ada pendapat-pendapat kita sendiri dalam perkara-perkara tertentu. Jadi ada baiknya kita datang kerana kita dapat mendengar.

Dalam perkembangan lain Annuar turut memberitahu parti itu bertekad untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Tanjung Piai kita sedang menjalankan pendapat rakyat di akar umbi dan pada masa yang sama jentera telah mula bergerak dan saya telah pergi ke sana, kita telah pun mengambil langkah-langkah tertentu walaupun calon belum diputuskan dan calon akan diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) tetapi jentera UMNO telah mula kita gerak.

“BN akan letakkan calon dan kita mahu kalahkan Pakatan Harapan dan itu tekad lagipun hari ini mengakui tidak mampu mewakili suara Melayu maka UMNO dan PAS akan berusaha mengatasi kelemahan mereka,” tegasnya. – UMNO Online

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...