Saturday, January 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Tun M, ‘Your Time Is Over’… Tubuh Kabinet Berasaskan Individu Hanya Retorik

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Menubuhkan Kabinet berasaskan individu bukan parti politik hanya retorik, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, perutusan khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Interim ternyata tidak menyembunyikan hasrat untuk terus menjadi PM.

“Sudahlah Tun. ‘Your time is over’. Jangan panjangkan lagi drama politik ini. Menubuhkan Kabinet berasaskan individu bukan parti politik hanya retorik,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi laman Facebooknya.

Ujar beliau, hampir dua tahun masa terbuang dan banyak sangat pembohongan.

“Sebab itu bubar sahaja Parlimen,” katanya lagi.

Dilaporkan, dalam perutusan semalam, Dr Mahathir memaklumkan punca beliau meletakkan jawatan sebagai PM, Isnin lepas.

Menurutnya, antara sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima, jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran, yang mungkin diwujudkan.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan,” kata Dr Mahathir.

Beliau menambah bahawa sebab orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan, yang mengancam negara, jika diizinkan, inilah yang beliau akan cuba (adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti).

Terdahulu, Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memaklumkan sepakat menolak sebarang gabungan yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan sementara semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengumumkan sebulat suara bersetuju mencalonkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM walhal sebelum ini mereka memaklumkan teguh menyokong Dr Mahathir.

Kemelut politik negara menyaksikan PH kehilangan majoriti di Parlimen apabila parti komponennya, Bersatu yang mempunyai 26 Ahli Parlimen mengumumkan bahawa ia telah meninggalkan PH, manakala PKR kehilangan 11 Ahli Parlimen apabila sembilan daripada ahli parlimennya bertindak keluar daripada parti itu susulan pemecatan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Zuraida Kamaruddin. – UMNO Online

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...