Sunday, April 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Tok Abah Kau pertimbang bubar Parlimen Disember 2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan pentadbiran Kerajaan memberitahu  setakat ini tiada perancangan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan surat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Yang Di Pertuan Agong.

“Walaupun Perdana Menteri cuba mencari konsensus untuk tidak membubarkan Parlimen dalam keadaan pandemik Covid-19 tengah memuncak ini, namun membubarkan Parlimen dan bertindak sebagai ‘caretaker government’ selama 60 hari adalah satu-satunya pilihannya jika perlu.”

Politik negara sebelum ini berkocak apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Agong dan mempersembahkan surat sokongan ketua-ketua parti politik yang dikatakan menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun penafian UMNO bahawa Presidennya menandatangani sebarang surat sokongan kepada Anwar Ibrahim menamatkan spekulasi Ketua Pembangkang tersebut mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Pagi tadi Perdana Menteri mengadap Tuanku Agong sebagai perjumpaan biasa pra-mesyuarat kabinet. Bagaimanapun difahamkan ia turut membincangkan senario politik semasa dan keadaan pandemik Covid-19.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 itu dijadual dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 6 November nanti.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3, Parlimen ke-14 itu akan berlangsung sehingga 15 Disember depan akan menjadi mesyuarat Parlimen terakhir untuk penggal ini jika Belanjawan 2021 ditolak oleh Dewan Rakyat.

Sekiranya dibubarkan pada akhir Disember, Pilihan Raya Umum ke-15 perlu diadakan selewat-lewatnya Mac 2021.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin hanya mempunyai 113 Ahli Parlimen berbanding majoriti mudah dewan ialah 112.

Rujukan:

BN, PAS, PBRS Tolak Sebarang Gabungan Babitkan Dap, Mahu Parlimen Dibubarkan

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...