Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Tok Abah Kau panggil mesyuarat khas Kabinet esok, politik atau pandemik?

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang agenda.

Mesyuarat ini agak luar biasa kerana kabinet baru sahaja bermesyuarat pada Rabu lalu.

Ada dua isu yang berkemungkinan menjadi keperluan Mesyuarat Khas kabinet iaitu sama ada untuk menguruskan pergolakan politik negara atau membabitkan masalah pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin teruk.

Sejak dua minggu lalu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak lagi mempunyai mandat yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun semalam UMNO mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN dan menolak khabar angin sebelum ini bahawa mereka telah menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat kabinet semalam terdapat Menteri yang memberitahu ‘rangkaian rapat’ bahawa mereka perlu bersedia untuk pembubaran Parlimen seawal bulan depan.

Semalam dilaporkan kemungkinan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen pada Disember 2020 sekiranya terdapat halangan dalam kelulusan Belanjawan 2021.

Sumber-sumber rapat dengan kerajaan semuanya ‘menutup mulut’ mengenai agenda mesyuarat. Manakala beberapa pegawai menteri yang dihubungi juga tidak pasti mengenai agenda mesyuarat khas tersebut.

Namun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa mesyuarat khas ini kemungkinan membabitkan usaha menyusun semua strategi kementerian dalam membantu pemulihan Sabah yang terjejas teruk dengan Covid-19.

Tok Abah Kau pertimbang bubar Parlimen Disember 2020

Selepas pendedahan surat palsu Zahid-Najib oleh MalaysiaNow, tawaran lebih baik untuk Umno, tiada rombakan Kabinet

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...