Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Tindakan Tun M Demi Kepentingan Politik… Yakin YDP Agong Angkat Kepentingan Rakyat, Keluhuran Perlembagaan – Khaled

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah tidak tepat untuk Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberikan gambaran bahawa beliau adalah Perdana Menteri berkuasa penuh yang mesti kekal kerana mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Ini kerana tegasnya, kuasa melantik Perdana Menteri adalah sepenuhnya di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SBP YDPA) dan bukannya Parlimen seperti yang dicadangkan oleh Tun Mahathir.

“Saranan beliau bahawa pelantikan Perdana Menteri adalah ditentukan oleh Parlimen adalah salah, tidak mempunyai asas undang-undang, mencabar lunas keluhuran Perlembagaan dan sangat tidak menghormati kuasa dan fungsi YDPA dalam melantik Perdana Menteri.

“Sedangkan, sekiranya KDYMM Tuanku tidak yakin bahawa seseorang pemimpin itu mempunyai kepercayaan dan sokongan dewan, yang lebih molek adalah untuk DYMM Tuanku membubarkan Parlimen. Bukannya menyerahkan tugas dan kuasa melantik Perdana Menteri tersebut kepada Parlimen,” ujarnya dalam satu warkah terbuka kepada YDPA yang disiarkan di laman Facebooknya, hari ini.

Seterusnya, Khaled percaya bahawa DYMM Tuanku akan bertindak dengan cara yang mengangkat kepentingan rakyat jelata dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Patik yakin bahawa tindakan dan perilaku yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir nyata bertujuan menjaga kepentingan politik beliau secara peribadi dan kepentingan rakan-rakan politiknya dalam parti.

“Bukannya demi kepentingan rakyat dan negara ini.

“Semoga pandangan patik ini akan diperhalusi dan diberikan perhatian oleh DYMM Tuanku,” tambahnya lagi.

Berikut merupakan teks penuh warkah dari Khaled.

Warkah Terbuka Kepada DYMM SPB YDPA

Ampun Tuanku,

Mutakhir ini kepimpinan cabang eksekutif negara berada dalam kekalutan akibat peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Patik memohon izin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan penuh hormat dan rendah diri pandangan kepada DYMM Tuanku.

Sesungguhnya patik yakin dan percaya, kearifan DYMM Tuanku dalam hal ini pasti mampu memberikan jalan keluar yang seadilnya.

Patik berpandangan bahawa perilaku Tun Mahathir dalam kemelut ini adalah tidak wajar. Malah, dalam aspek tertentu kelihatan sangat mencabar bidang kuasa DYMM Tuanku dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Pertama, tindakan Tun Mahathir mengganggu kuasa dan budi bicara DYMM Tuanku dalam melantik Perdana Menteri atau Membubarkan Parlimen.

Hal ini jelas melihat kepada tindakan Tun Mahathir yang nampaknya mendahului Istana dengan mengusulkan atau memberikan andaian bahawa, jika dibenar, beliau akan menjadi Perdana Menteri kepada sebuah kerajaan campuran, yang tidak berasaskan parti dan kepentingan politik.

Tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan sangat tidak menghormati proses penentuan Perdana Menteri, yakni calon yang diyakini mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti, yang masih dalam kiraan dan pertimbangan oleh pihak DYMM Tuanku.

Kedua, Tun Mahathir adalah seorang Perdana Menteri Interim yang mempunyai had dan bidang kuasa terhad.

Namun, tindakan beliau tidak menggambarkan bidang kuasa yang terhad dan sementara. Sebaliknya, beliau bertindak seperti seorang Menteri yang berkuasa penuh untuk melantik kabinet dan mengadakan sidang Parlimen.

Ketiga, kuasa melantik adalah bersama DYMM Tuanku selaku Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Sudah pasti Tun Mahathir sedar, bukan Parlimen yang menentukan atau melantik Perdana Menteri.

Adalah tidak tepat untuk Tun Mahathir terus memberikan gambaran bahawa beliau adalah Perdana Menteri berkuasa penuh yang mesti kekal kerana mempunyai sokongan majoriti di Parlimen. Ini kerana, kuasa melantik Perdana Menteri adalah sepenuhnya di bawah YDPA dan bukannya Parlimen seperti yang dicadangkan oleh Tun Mahathir.

Saranan beliau bahawa pelantikan Perdana Menteri adalah ditentukan oleh Parlimen adalah salah, tidak mempunyai asas undang-undang, mencabar lunas keluhuran Perlembagaan dan sangat tidak menghormati kuasa dan fungsi YDPA dalam melantik Perdana Menteri.

Sedangkan, sekiranya KDYMM Tuanku tidak yakin bahawa seseorang pemimpin itu mempunyai kepercayaan dan sokongan dewan, yang lebih molek adalah untuk DYMM Tuanku membubarkan Parlimen. Bukannya menyerahkan tugas dan kuasa melantik Perdana Menteri tersebut kepada Parlimen.

Patik percaya bahawa DYMM Tuanku akan bertindak dengan cara yang mengangkat kepentingan rakyat jelata dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Patik yakin bahawa tindakan dan perilaku yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir nyata bertujuan menjaga kepentingan politik beliau secara peribadi dan kepentingan rakan-rakan politiknya dalam parti. Bukannya demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Semoga pandangan patik ini akan diperhalusi dan diberikan perhatian oleh DYMM Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...