Wednesday, July 28, 2021

Terima kasih Hajah Shamsiah binti Selamat – Wee Ka Siong

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
170,224
Total active cases
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14

Terima kasih Hajah Shamsiah binti Selamat, seorang pemimpin akar umbi dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi!

Tidak kenal erti penat lelah, malah waktu hujan pun Kak Sham merayu undi di barong untuk memastikan calon BN, Wee Jeck Seng menang dalam PRK ini.

Saya sungguh terharu menonton klip video ini. Saya cuba menelefon Kak Sham untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau sejak tengahari tadi, tetapi masih gagal dihubungi. Saya akan mencuba lagi sampai dapat!

Inilah semangat setiakawan yang sedia terjalin di dalam Barisan Nasional. Tidak kira siapa calonnya, asalkan dari BN, perayu-perayu undi ini pasti bertungkus-lumus memenangkan calon BN.

Saya yakin ramai lagi petugas BN yang komited seperti Kak Sham yang tidak dapat saya senaraikan satu per satu. Terima kasih semua???!

Kita akan meneruskan semangat setiakawan, solidariti pembangkang dan Muafakat Nasional ini, hubungan akrab sesama parti pembangkang akan dipertingkatkan demi memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Pulau Pisang jauh ke tengah,
Gunung Pulai bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Facebook Wee Ka Siong
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1423612217806278&id=1002345083266329

Artikel berkaitan