Tuesday, July 27, 2021

Taufan Kammuri: Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditutup, penduduk dipindahkan dan mengancam acara Sukan SEA

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
170,224
Total active cases
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00

MANILA: Pihak berkuasa mengumumkan bahawa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Manila akan digantung buat sementara hari ini (3 Disember 2019), sebagai langkah keselamatan susulan Taufan Kammuri.

“Syarikat penerbangan dan pihak berkuasa (Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila) mengambil keputusan menutup lapangan terbang.

Berdasarkan anggaran kami, ia akan ditutup mulai 11 pagi (waktu tempatan) hingga jam 11 malam (waktu tempatan) ,” kata pengurus besarnya, Ed Monreal kepada wartawan, hari ini.

Kammuri semakin hampir, ancam kelancaran Sukan SEA

Filipina berhadapan Taufan Kammuri apabila ribut itu semakin mendekati, memaksa rakyat berpindah dan mengancam acara Sukan SEA berhampiran ibu kota negara itu.

Kammuri dijangka tiba lewat hari ini atau awal pagi esok di timur Filipina dengan hujan lebat dan angin kencang mencecah 185 kilometer sejam, kata jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk lalu berhampiran Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan lokasi kebanyakan pertandingan Sukan SEA.

Hampir 70,000 penduduk sudah berpindah di wilayah Bicol, yang dijangka menjadi lokasi ketibaan ribut itu.

“Kami harap tiada kerosakan tetapi memandangkan kekuatan Kammuri, kami tidak dapat mengelak.

Kami sudah memindahkan lebih awal penduduk di kawasan yang menjadi laluan ribut secara langsung,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mark Timbal.

Biro kaji cuaca juga memberi amaran tanah runtuh disebabkan hujan lebat dan kemungkinan gelombang ribut sehingga tiga meter yang melanda kawasan pantai di timur negara itu.

Filipina dilanda purata 20 ribut dan taufan setiap tahun, membunuh ratusan penduduk dan menyebabkan rakyat di kawasan kerap dilanda bencana dalam kemiskinan. — AFP

Artikel berkaitan