Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Tatap UMNO… Terus Kekal Untuk Berbakti Kepada Rakyat Di Sabah – Dr Shamsul

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan tidak timbul isu UMNO di Sabah akan dibubarkan walaupun terdapat segelintir pimpinan di negeri tersebut bertindak keluar parti.

Menurutnya, kepimpinan UMNO di peringkat pusat akan terus melaksanakan usaha bagi memperkuatkan UMNO di Sabah di ketika ini, terutama dengan cabaran yang dihadapi sekarang.

“Kepada pimpinan dan rakan-rakan serta ahli UMNO yang masih setia di Sabah, saya berharap kita tetap terus setia dengan UMNO.

“Percayalah semua ini adalah asam garam perjuangan, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi UMNO di Sabah mesti terus kekal untuk berbakti kepada rakyat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Shamsul lagi, UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip dan idealisme perjuangan yang sangat jelas.

“Perjuangan kita bukan bersifat peribadi. UMNO berjuang membela kepentingan Melayu dan Bumiputera di samping membela kepentingan semua kaum lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Paling utama UMNO berjuang untuk terus memperkukuh dan mempertahankan agama, bangsa dan negara ini,” tegas Shamsul yang juga ahli Parlimen Lenggong.

Justeru jelasnya lagi, sejarah UMNO di Sabah juga cukup panjang serta bakti dan jasanya kepada rakyat di negeri bawah bayu itu begitu lama dan sudah terbukti.

“Kemasukan UMNO di Sabah pada tahun 1991 antara lain bagi membolehkan juga tokoh-tokoh di Sabah dapat diangkat berperanan di peringkat nasional dan ia terbukti berlaku.

“UMNO mahu perkara ini terus dilakukan. Oleh yang demikian, walau apapun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan.

“Semua ini termasuklah memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah sebagaimana telah dinyatakan oleh Presiden UMNO. Proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab,” ujarnya, diakhiri dengan kalimat keramat ahli-ahli parti di negeri itu, Tatap UMNO.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...