Minggu lepas, saya terbaca berita Menteri PH mengumumkan dengan bangganya bahawa tiada surcaj untuk pengguna elektrik domestik bagi tempoh Januari hingga Jun 2020.
Apa yang tak disebut oleh Menteri ialah tarif elektrik sebenarnya sudah naik beberapa kali selepas PRU14.
Tarif elektrik di Malaysia dikira menggunakan Tarif Aras.
Selepas itu, rebat atau surcaj yang ditetapkan oleh kerajaan akan dikenakan ke atas Tarif Asas ini.
Sebelum PRU14, kerajaan BN bersetuju untuk mengekalkan Tarif Asas elektrik pada 38.53 sen/kWh untuk tiga tahun sehingga akhir tahun 2020.
Kita juga memberi rebat sebanyak 1.80 sen/kWh untuk pengguna domestik dan bukan domestik.
8 Jan 2018: TNB could get more money for capex despite tariff cap
https://www.theedgemarkets.com/article/tnb-could-get-more-money-capex-despite-tariff-cap
Tetapi Tarif Asas yang digunakan di bawah kerajaan PH sekarang lebih tinggi: 39.45 sen/kWh.
Bukan sekadar tarif asas yang lebih tinggi, malah rebat juga telah ditarik untuk kedua-dua pengguna domestik dan bukan domestik.
Bukan itu sahaja.
Pengguna bukan domestik yang sebelumnya dapat rebat 1.80 sen/kWh sekarang dikenakan surcaj 2.00 sen/kWh (bermakna kenaikan 3.80 sen/kWh).
3 Dis 2019: Tiada kenaikan tarif elektrik hingga Jun 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634592/tiada-kenaikan-tarif-elektrik-hingga-jun-2020
Ada lagi..
– Cukai SST 6% juga ke atas bil elektrik bermula Sept 2018 pengguna komersial tidak boleh lagi tuntut balik sebagai cukai input seperti dalam sistem GST.
Tiada lagi rebat untuk bil elektrik di bawah RM20 sebulan bagi semua pengguna. Hanya untuk pemegang kad e-Kasih sahaja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/512935/185000-isi-rumah-nikmati-rebat-elektrik-rm40-mulai-1-januari
Nak kata kos bahan api lebih tinggi sekarang pun tak boleh.
Sebenarnya, harga arang dan gas adalah lebih rendah berbanding sebelum PRU14.
Apa yang berbeza ialah PH telah mansuhkan atau kurangkan subsidi untuk elektrik.
Apabila PH ditekan untuk kurangkan tarif elektrik/gas dan diberitahu bahawa Singapura pun telah turun kerana harga gas dunia turun, PH suruh rakyat beli gas dari Singapura pula.
“Apa lagi yang kamu mahukan?. Singapura kurangkan harga? Jadi beli di Singapura,” kata PM ke-7:
https://www.malaysiakini.com/news/470561
Selepas tarif elektrik dinaikkan secara senyap-senyap oleh PH walaupun kos bahan api sudah turun, kerajaan PH pun samun cukai tambahan RM3.98 bilion dari TNB.
28 Nov 2019: Tenaga slapped with RM3.98b additional taxes from IRB
https://www.theedgemarkets.com/article/tenaga-slapped-rm398b-additional-taxes-irb
Ya, tarif elektrik, tarif gas, tarif air dan harga minyak (yang akan naik 1-2 sen setiap minggu bermula Jan 2020 sehingga RM2.50 satu liter) adalah lebih tinggi berbanding masa BN.
Belum masuk lagi caj doktor, harga pos, cukai digital 6%, levi pelepasan tambahan, duti setem lebih tinggi, cukai RPGT lebih tinggi dan cukai minuman bergula serta pengurangan BR1M yang sepatutnya RM2,400 tahun ini ke RM1,000 di bawah skim BASAH sekarang.
“PH MENANG, RAKYAT SENANG”