Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Tanjung Piai suara ‘kemarahan’ rakyat terhadap PH

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan setakat suara penduduk di kawasan itu bahkan ia menggambarkan perasaan rakyat seluruh negara yang marah kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pembangkang, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun semua menteri PH turun padang semasa berkempen dan memberi janji-janji manis, ia tidak mampu menjadi gula-gula kepada pengundi.

“Rakyat Tanjung Piai sudah tidak mempercayai PH lagi. Bagi mereka cukuplah sekali ditipu, mereka tidak rela ditipu secara berterusan lagi.

“Sebab itu, keputusan PRK Tanjung Piai memberikan mimpi ngeri dan buruk kepada kerajaan PH,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO menerusi kenyataan hari ini.

Oleh kerana kemenangan besar yang diraih Barisan Nasional (BN) termasuklah beberapa PRK sebelum ini maka Ahli Parlimen Bera itu berpendirian Parlimen sepatutnya dibubarkan.

“Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan  yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands diikuti Semenyih dan Rantau. Majoriti kekalahan PH meningkat dari 3,000 lebih di Cameron Highlands ke 4,000 lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak ke 15,000 lebih di Tanjung Piai.

“Mesej rakyat amat jelas iaitu mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui pemerintahan negara ini.

“Oleh itu jika kerajaan benar-benar sensitif dan mendengar suara hati dan nurani rakyat, kerajaan tiada pilihan lagi selain daripada membubarkan parlimen,” tambah Ismail Sabri lagi.

Semalam, PRK Parlimen Tanjung Piai kembali menjadi milik BN apabila calonnya Datuk Seri Wee Jeck Seng memperoleh 25,466 undi menenggelamkan calon Pakatan Harapan, Karmanie Sardini yang meraih 10,380 undi.-

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...