Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syed Saddiq ‘Merengek’ Macam Budak Hingusan, Heret Istana Johor Tutup Kegagalan Sendiri – Razlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman yang menutup kegagalannya sebagai menteri dengan sengaja mensensasikan isu had umur belia.

Tegas Razlan, tindakan Ahli Parlimen Muar itu yang mensasarkan Istana Johor adalah semata-mata untuk menutup kelemahannya sendiri.

“Bukan hanya itu, beliau ‘merengek’ macam budak hingusan apabila mengadu perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Presiden PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Sudahkah beliau mendapatkan pandangan Yang Amat Berhormat Amir (Amiruddin Shaari) Menteri Besar Selangor kenapa negeri Selangor menolak… kan Selangor antara negeri yang awal menolak cadangan ini?

“Demikianlah perangai Syed Sadiq yang sengaja mahu menutup kegagalan beliau dengan menuduh Istana Johor dengan pelbagai tuduhan. Sepatutnya beliau tidak terlalu ‘personal’ dengan Istana Johor,” kata Razlan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Razlan tertarik untuk mengulas perkara tersebut sebaik sahaja membaca komen dan maklum balas dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan juga Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenainya.

“Perdana Menteri juga ada banyak kerja, sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan profesional dan kebijaksanaan, bukan mengheret belia dalam kancah politik kotor Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.

Isu umur had belia menjadi sensasi apabila negeri Johor mengekalkan had umur kepada 40 tahun dan secara jelas menolak permintaan Kerajaan Persekutuan.

Terang Razlan lagi, Syed Sadiq sebagai Menteri Belia dan Sukan sengaja membangkitkan isu ini apabila Johor menolak penurunan had umur belia sedangkan Selangor dan Sarawak lebih awal menolaknya.

“Kegagalan mendapatkan sokongan negeri-negeri untuk menurunkan had umur belia sudah pasti ada asasnya.

“Pendirian negeri Selangor, Sarawak, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah yang menolak cadangan ini bukan dibincangkan di tepi koridor atau ruangan Parlimen seperti apa yang Yang Berhormat Syed Sadiq lakukan. Majlis Belia membawa usul dalam mesyuarat dan membuat keputusan demi kebaikan belia.

“Semasa saya menjaga sukan di Wilayah Persekutuan, saya amat faham urusan Belia dan Sukan tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Justeru itu, YB Syed Sadiq sepatutnya menghormati urusan negeri dan bidang kuasa mereka, jangan campur tangan di dalam urusan negeri Johor,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...