Tuesday, April 13, 2021

Sukar ‘lihat’ Najib di FB? Pergi saja ke Telegram

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
362,173
Kes keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
15,835
Total active cases
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
345,005
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
1,333
Jumlah kematian
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47

Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya mungkin disekat pada Khamis, selepas dimaklumkan beberapa hantarannya tidak muncul di ‘timeline’ pengikutnya.

Bekas perdana menteri itu menyoal sama ada pihak tertentu bertanggungjawab atas perkara itu.

“Adakah ada pihak yang kacau? Saya main FB pun ada yang takut?” soalnya di Telegram.

Akaun Telegramnya itu setakat 11.30 malam tadi sudah mempunyai kira-kira 5,213 pengikut.

Sejak disingkirkan sebagai perdana menteri, Najib menjadi antara anggota pembangkang paling lantang bersuara, terutama ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan

Catatan pada Facebook beliau:

Ramai kawan-kawan sudah tak dapat lihat posting saya.
Ok tak apa.
Saya buka akaun Telegram baru.
Guna untuk mesej kawan-kawan followers semua.
Jika ada yang berminat, jom!
https://t.me/najib_razak
……….
Ya, page FB saya ini memang telah dikacau dan disekat sejak pagi ini dan posting-posting saya tak lalu wall semua followers. Tidak pernah berlaku.
Adakah ada pihak yang main kotor?
Saya main FB pun ada yang takut?
…..

Artikel berkaitan