Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Subsidi Petrol: Mana Janji Belanjawan 2019 Kerajaan PH?

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Minggu hadapan, pada 11 Okt dijadualkan pembentangan Belanjawan 2020 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa Kerajaan PH tidak boleh lagi berdalih dalam mengotakan janji Belanjawan 2019 sebagaimana seringkali mereka lakukan akibat gagal melaksanakan janji manifesto PRU.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian merujuk kepada ucapan Belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE), Kerajaan Pentadbiran PH berjanji untuk melaksanakan Subsidi Petrol Bersasar (SPB) yang didakwa boleh memberi manfaat kepada lebih 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motorsikal.

“Ini kerana Subsidi Petrol ini telah pun dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen bagi Belanjawan 2019 dan rakyat khususnya kumpulan B40 yang kini tertekan dengan kos sara hidup amat menantikan janji PH kali ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019, LGE telah menjanjikan SPB sebagaimana berikut:

(i) Terhad kepada pemilik sebuah kereta SAHAJA yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motorsikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

(ii) Subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motorsikal.

“Walaupun RM2 bilion telah diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 bagi tujuan tersebut, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang berita mahupun pengumuman mengenai status perlaksanaan skim tersebut dibuat sedangkan minggu hadapan Belanjawan 2020 pula akan dibentangkan.

“Menteri Kewangan YB LGE harus tampil memberikan penjelasan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pelaksanaan janji ini setelah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan sebagai Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.”

Justeru, kata Dr Asyraf lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar,

(a) YB LGE segera menjelaskan status pelaksanaan sistem subsidi petrol bersasar bagi RON95 secepat mungkin bagi menghormati komitmen Belanjawan 2019;

(b) Ke mana perginya peruntukan RM2 bilion yang telah diluluskan Parlimen bagi tujuan perlaksanaan sistem subsidi petrol bersasar ini? – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...