Bagi Subsidi RM30 Sebulan tapi curi duit rakyat RM350.40 setahun ini fomular atau bukti Kerajaan PH mencuri duit rakyat di siang hari depan batang hidung anda!
Saya antara golongan B40 merasakan pihak kerajaan PH hari ini terus menindas rakyat Malaysia. Mana tidaknya saya bujang tak terima BSH tapi kena sembelih dengan kerajaan PH.
Rata rata B40 memiliki kereta cc 1.6 kebawah. Isian penuh sebuah kereta berkapasiti ini isian penuh RM2.04 (40Liter) berjumlah RM83.20/seminggu. Jadi jika dikira pada hitunganya sebulan ia mencapai RM332.80 (RM332.80×4) jika setahun RM3993.60
Kerajaan PH memperkenalkan subsidi petrol RM30 sebulan dengan mengenakan harga petrol RM2.45 (tanpa subsidi) jadi mari kita kira semula.
Seminggu :
RM2.45 (40Liter) = RM98.00
Sebulan :
RM98.00 X 4 MINGGU = RM392.00 (SEBULAN)
SUBSIDI (Sekarang)
Sebulan kos bahan api ini RM332.80 (sebulan)
IDEA BSH (2020)
Sebulan kos bahan api
RM392.00 (sebulan)
RM392.00 – RM332.80
= RM59.20
TOLAK BSH RM30
RM59.20 – RM30.00
= RM29.20 SEBULAN
29.20 X 12 BULAN
RM350.40
INI JANGKAAN RM2.45 (kalau tiba tiba Iran duk serang telaga minyak Saudi lagi sekali boleh jadi RM2.50 – 2.60 perliter)
Jadi disini lihat peningkatan beban terhadap golongan B40 akan terkesan dan secara tidak langsung rantaian harga barang akan melonjak naik memandangkan SST antara penyumbang yang berjaya membuatkan syarikat kapitalis ini membuat keuntungan (dan lari cukai) dengan menggunakan alasan ketiadaan subsidi ini.
Harga Barang NAIK? Mana ada lori pakai petrol semua pakai diesel?! Ya, Mungkin itu hujahnya. Jika dilihat pada akhir sekali rantaian dalam bidang peniagaan di Malaysia. Kenderaan (guna petrol) akan digunakan dalam urusan selain dari penghantaran barang iaitu bidang pengurusan yang mana pihak syarikat akan mengalihkan kos ini kepada pengguna dalam semua urusan pengurusan syarikat mereka.
Siapa yang pasti kena kali lagi kali ini? Adakah “Si Melayu” pemalas yang suka guna minyak petrol paling ramai dalam negara ini.
Noor Ismail Ahmad Basri
Anti Kapitalis