Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Sikap Pimpinan PH Tangani Isu Membimbangkan – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan kebimbangan terhadap sikap pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu hari ini.

Ini kerana katanya, nampak kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu kebiadapan graduan Wong Yan Ke yang menunjukkan protes di pentas konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini.

“Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, tidak sopan, adalah nilai yang ingin dibina pada pelajar dan mahasiswa?

“Saya melihat Kerajaan PH tidak bijak menyelesaikan isu ini. Nampaknya, kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu ini. Kalau ini berterusan Institusi pendidikan negara akan terus dihina,” katanya dalam lontaran menerusi laman facebook beliau malam tadi.

Katanya, kebebasan bersuara, dan berdemonstrasi memang dibenarkan oleh undang-undang negara dan rakyat diberikan hak untuk melakukannya tetapi ianya sesuai dengan amalan demokrasi dalam negara ini.

“Bagaimanapun, sebagai rakyat ia bukan bermakna, kita boleh melakukan apa saja apatah lagi melanggar undang- undang yang ada. Undang undang mesti dihormati serta dipatuhi.

“Lebih membimbangkan ialah sikap pimpinan Kerajaan PH. Saya ingin bertanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Apakah sebenarnya nilai yang Kerajaan PH ingin tanam dikalangan pelajar dan mahasiswa di negara ini?” soalnya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Dilaporkan, Wong Yan Kee, yang dilihat pro-Dap telah bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazahnya ketika berada di atas pentas pada sidang konvokesyen. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...