Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Selesaikan isu perkongsian kuasa sebelum Umno, Bersatu dan Pas bersama’ – Rahim Tamby Chik

Isu perkongsian kuasa di antara Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas perlu diselesaikan sebelum melihat hasrat mewujudkan satu gagasan baharu menjadi kenyataan.

Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, ia termasuk yang melibatkan jawatan-jawatan di dalam Kabinet, kementerian, agensi, pelantikan politik serta penyelarasan di peringkat negeri.

“Dengan kehadiran Umno dan Pas, peratusan kerusi Melayu di dalam Parlimen akan melonjak naik manakala peratusan kerusi DAP akan meleset. DAP tidak lagi boleh berlagak dan mendesak serta menghentak isu-isu yang diperjuangkannya selama ini.

“Tun Dr Mahathir Mohamad pula kena memimpin gagasan ini sehingga seorang yang berintegriti dan boleh dipercayai dipilih memimpin negara,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Rabu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan beberapa portal dikatakan mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir membentuk satu pakatan baharu.

Dalam pada itu Rahim menjangkakan DAP tidak akan terus bersama gagasan baharu berkenaan.

“Saya rasa DAP tidak akan terus bersama gagasan baharu ini. Ini satu keputusan yang menimbulkan dilema dan tragik bagi DAP untuk memutuskannya.

“Setakat ini DAP telah merasai apa itu kuasa dan mereka faham jika tanpa kuasa, kondisinya seperti telur di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh dirembat.

“PKR pula mungkin akan memperhebatkan kempen mereka ke seluruh negara bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri daripada Dr mahathir,” tegasmya.

Sementara itu katanya, pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) pula masih terumbang-ambing dalam menyertai gagasan baharu itu memandangkan musuh ketat mereka iaitu Pas berada di dalam gabungan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahim menyifatkan Umno kini sudah berpecah dua dengan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong gagasan baharu berbanding kumpulan Datuk Lokman Noor Adam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Lokman dan kumpulannya yang mewakili kumpulan Najib tidak mahu penyatuan dengan Bersatu. Lokman lebih suka penyatuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR. Dia mahu kumpulan Najib menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang, ada kemungkinan Lokman akan disingkir dan keputusan untuk penyatuan parti-parti politik Melayu akan diputuskan dalam mesyuarat MT yang penuh bersejarah ini.

“Pendirian Ahmad Zahid dan Hishammuddin dalam menyokong penyatuan parti-parti politik Melayu bersama Bersatu harus dipuji. Mereka meletakkan kepentingan nasional Melayu dan negara melebihi segala kepentingan yang lain,” ujarnya.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, tiada jaminan jika penyatuan berkenaan menjadi realiti, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan dakwaan di mahkamah akan dilepaskan.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...