Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Selepas pendedahan surat palsu Zahid-Najib oleh MalaysiaNow, tawaran lebih baik untuk Umno, tiada rombakan Kabinet

Artikel ini diambil dari lidah rasmi PPBM dibawah naungan Menteri yang melompat dari UMNO. Artikel ini jelas cuba mengelirukan ahli UMNO supaya membenci pemimpin mereka dan menimbulkan perbalahan dikalangan kepimpinan. Diharap ahli Umno tidak teroedaya dengan permainan licik mereka ang dengan terang menyiarkan surat palsu Presiden UMNO dan Najib kepada Yang DiPertuan Agong kononnya memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana /Menteri. Pendedahan surat palsu tersebut kemudiannya disambut oleh rakan sekongkolan beliau Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein. Sehingga kini Menteri katak, Hishammuddin, Khairy, Ketua Bahagian Umno yang dibawah payroll mereka dan macai mereka berterusan menimbulkan persepsi bahawa surat berkenaan tulin.

……………………………………….

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin memberikan beberapa bentuk konsesi kepada Umno dalam perjanjian pembahagian kuasanya, tetapi mungkin tidak menambah bilangan Kabinet seperti dituntut sekumpulan ahli Parlimen yang diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Satu sumber yang mengetahui perbualan sulit antara pemimpin Umno berkata, walaupun keputusan itu tidak melemahkan kedudukan Muhyiddin, ia akan meneutralkan puak veteran Umno yang inginkan “tawaran lebih baik” kerana bersetuju menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
(Yang ini boleh dijangka, yang mengetahui perbualan tersebut adalah katak yang melompat dari Umno dan memegang jawatan penting dalam PPBM)

Ini berlaku selepas kegagalan rancangan Zahid mengumpulkan ahli-ahli Parlimen Umno untuk keluar kerajaan PN selepas pendedahan beliau secara sepihak menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibahim, yang berulang-ulang kali mendakwa memiliki angka untuk menumbangkan Muhyiddin.

Tetapi Anwar masih dilihat dengan penuh syak wasangka dalam kalangan Umno.

“Pakatan bersama DAP sudah terlalu lama, bermakna sebarang sokongan kepada pemimpin PKR itu, walaupun untuk beberapa agenda tersembunyi, akan ditolak parti itu,” kata sumber peringkat tertinggi Umno, individu sama yang mendedahkan kepada MalaysiaNow mengenai surat bersama ditulis Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak kepada Istana Negara.

Jumaat lalu, MalaysiaNow melaporkan Zahid dan Najib dalam surat mereka kepada Yang di Pertuan Agong bukan sahaja menyatakan sokongan kepada Anwar, malah turut mendakwa “beberapa ahli Parlimen Umno” bakal menyokong rancangan pemimpin PKR itu untuk menumbangkan Muhyiddin.

“Ramai pemimpin kanan parti marah dengan tindakan tersebut,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow.

Kebimbangan timbul Umno akan berpecah kepada dua puak, satu yang diketuai oleh Zahid manakala lagi satu merupakan mereka yang inginkan komposisi Kabinet sekarang dikekalkan sehingga sampai pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin yang berkempen untuk mendapatkan lebih banyak jawatan tertinggi untuk Umno rata-ratanya adalah daripada “old guards” ataupun kumpulan orang-orang lama yang tidak boleh menerima idea baru atau perubahan.

Jumlah mereka mungkin tak ramai, tetapi cukup untuk menarik perhatian media.

Salah seorang daripada mereka adalah Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang berkata Umno boleh “mencari kawan baru” jika keluar daripada PN pimpinan Muhyiddin.

“Kalau Umno keluar daripada PN, kami mempunyai dua pilihan: sama ada mencari kawan baru untuk bina kekuatan politik, atau berdikari tidak sebagai kerajaan, tapi sebagai pembangkang,” kata Tajuddin kepada wartawan MalaysiaNow Fazreen Kamal dalam satu temu bual pada Sabtu.

Pilihan kedua, adalah menjadi pembangkang, realiti paling mungkin buat Umno, satu peranan yang selama ini gagal dilakukan parti itu selepas hilang kuasa pada tahun 2018.

Sekutu terdekat Umno, PAS dengan jelas menyatakan pendirian kekal bersama PN meskipun Umno berulang kali mengingatkan mereka mengenai perjanjian Muafakat Nasional.

Sementara itu, parti GPS Sarawak tidak mungkin mahu menjejaskan apa jua yang dicapai di negeri itu, terutama membabitkan hasil minyaknya, selepas membantu menambah bilangan kerusi Muhyiddin pada Mac lalu.

Tajuddin, bagaimanapun, menekankan dengan jelas: tiada kerjasama dengan DAP.

Ini bermaksud Umno perlu mencari alternatif lain kepada jumlah 42 kerusi DAP dalam Dewan Rakyat, sesuatu yang tidak dimiliki mana-mana parti lain ketika ini.

Keluhan utama ahli Parlimen seperti Tajuddin ialah, Umno “diketepikan”.

Bagi mereka, jawatan timbalan perdana menteri boleh menebus kembali maruah parti Melayu itu, ataupun diperlihatkan seperti ketika mereka menguasai kerajaan selama enam dekad lalu.

“Muhyiddin mesti ingat, kami memberikan angka yang besar untuk membentuk kerajaan,” kata Tajuddin kepada MalaysiaNow, merujuk kepada 39 ahli Parlimen yang bekerjasama dengan Bersatu, PAS dan GPS bagi menyakinkan Agong membolehkan Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Mac lalu.

“Kalau dari dulu lagi dia tahu apa yang patut dilakukan, iaitu memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Umno, semua ini mungkin tidak akan berlaku,” katanya.

Struktur Kabinet Muhyiddin tidak mempunyai jawatan timbalan perdana menteri.

Sejak tahun 1980-an, kerusi nombor dua itu sering menjadi titik pertikaian, dan mencetuskan krisis politik besar.

Kabinet sedia ada sekarang ini mempunyai empat orang menteri kanan, yang dilihat mewakili puak yang berbeza dalam kerajaan PN, bagi menggantikan Muhyiddin ketika ketiadaannya.

Urusan seperti biasa?

Tetapi buat masa ini, urusan berjalan seperti biasa, dengan beberapa konsesi kepada Umno.

Perdana menteri boleh bersetuju untuk mencari persepakatan di mana rundingan lebih besar akan dibuat dengan Umno dalam membuat keputusan penting dalam kerajaan.

“Itu boleh menghentikan sebarang rombakan Kabinet yang dilihat bukan pilihan popular ketika negara memberi tumpuan terhadap gelombang baru pandemik Covid-19,” kata sumber Umno itu.

Dan dengan kemarahan semakin meningkat dalam Umno terhadap Zahid dan Najib berkaitan surat mereka kepada Agong untuk menyokong Anwar, mengekalkan status quo dilihat sebagai situasi menang-menang.

Sementara itu, Majlis Tertinggi Umno akan bersidang esok, untuk kali pertama selepas pendedahan MalaysiaNow mengenai surat Zahid-Najib kepada Agong.

Terdapat tanda-tanda, kedua-duanya mungkin perlu menjelaskan tindakan mereka di hadapan pemimpin kanan Umno terutama yang kini berada dalam Kabinet.

Kedua-dua Zahid dan Najib masih belum menafikan pendedahan itu, walaupun terdapat beberapa penafian dikeluarkan kepada media oleh pegawai dan penyokong mereka.

BACAAN berkaitan:

Usaha parti Tok Abah kau bunuh UMNO punca kegawatan politik

Kecoh surat palsu UMNO kepada Agong yang di sebarkan oleh Macai Tok Abah Kau

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...