Kerajaan PH sudah terlebih pinjam RM69.9 bilion.
Bermakna terlebih pinjam RM17.5 bilion tahun ini.
Saya tunjuk syarikat penarafan antarabangsa Moody’s juga sudah beri amaran.
Amaran bahawa defisit kerajaan PH akan lari tahun ini dan tahun depan.
Kita mungkin berdepan dengan penarafan negara diturunkan jika keadaan tidak diperbetulkan.
Guan Eng pun jawab kita.
Dia jawab penarafan masih belum turun. Masih kekal.
“Masih kekal maksudnya kerajaan PH uruskan ekonomi dengan baik.: kata dia.
Maka, saya pun konfius seketika.
Kerana gred penarafan itu kekal pada tahap sama dengan kerajaan BN masa dahulu.
Tapi dulu dengan gred penarafan yang sama, PH kata BN tak jaga ekonomi dengan baik. Kata nak bankrap.
Malah, gred penarafan ini pernah dinaikkaan beberapa kali masa saya PM.
Kini dengan gred yang masih kekal untuk seketika ini, PH bangga pula.
PH kata ini bukti ekonomi diurus dengan baik!
Ini seperti kes penarafan PETRONAS diturunkan tahun ini.
Tahun lepas, kita beri amaran jangan jarah duit PETRONAS begitu banyak.
Nanti penarafan diturunkan.
Masa itu, Guan Eng kata ini tidak akan berlaku.
Tahun ini, ianya benar-benar berlaku,
Penarafan PETRONAS diturunkan. Dia terdiam pulak.
Tapi itulah.
Ini kan amaran dari saya dan syarikat penarafan kredit antarabangsa.
Kalau tak nak dengar dan tak nak perbetulkan, terimalah akibatnya nanti.
Penarafan negara diturunkan bermaksud lagi banyak pelabur lari diri.
Bursa Saham teruskan menjunam. Ekonomi bertambah teruk.
Masa itu, rakyat perlu tabah.
Rakyat ikat perut.
Facebook Najib Razak