Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Salahudin cemburu Muafakat Nasional satukan umat Islam

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) hari ini menempelak kenyataan Datuk Salahudin Ayub yang didakwa menyemai kebencian dalam kalangan ahli Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Mohd Nor Hamzah, suasana politik hari ini yang menyaksikan kemunculan Muafakat Nasional diterima secara positif dan kenyataan itu jelas mahu melaga-lagakan dua parti terbesar Melayu di negara ini.

“Buktinya pimpinan Amanah sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan jahat bagi menimbulkan persepsi negatif untuk mewujudkan prasangka buruk dan sifat alergik dalam kalangan ahli Pas dengan UMNO antara satu sama lain supaya penyatuan ummah ini gagal.

“Kenyataan terbaru daripada Salahudin yang memainkan semula isu Amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan pemikiran lapuk yang sudah kehabisan modal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwa beliau lagi, jika Amanah mendapat diri mereka memperjuangkan Islam, mengapa para pemimpin mereka menuruti agenda cauvanis yang dibawa oleh DAP.

“Amanah kini dilihat jelas oleh masyarakat menjadi “benteng” kepada DAP apabila pimpinannya sering mengeluarkan kenyataan demi mempertahankan isu yang dicetuskan oleh DAP seperti kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu terhadap isu ugutan Nga Kor Ming mengenai UEC,” bidas beliau lagi.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah semalam menyuarakan rasa tidak percaya dengan hakikat bahawa parti Pas kini boleh berbaik dengan UMNO dan menjalinkan kerjasama rapat.

Beliau berkata ia sangat berbeza dahulu apabila rasa kebencian terhadap UMNO sudah dipasakkan dalam “akidah” dan jiwa anggota parti itu oleh kepimpinan tertinggi Pas.

UMNO dan Pas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung pada 13 dan 14 September tahun lalu.

Ia adalah bentuk ta’awun iaitu kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...