Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Salah Guna AMLA Bagi Politik Balas Dendam

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggunakan Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001), adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip keadilan manusiawi.

Ini merupakan satu tindakan bermotif penindasan politik dan balas dendam secara zalim yang tidak sepatutnya berlaku dalam pentadbiran Malaysia moden.

80 individu dan entiti ini menerima wang daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukannnya daripada 1MDB. Pada masa tersebut belum timbul sebarang pendakwaan terhadap Mohd Najib.

Malah ketika ini pun mahkamah belum memutuskan bahawa Mohd Najib bersalah mengambil wang 1MDB. Belum pun diputuskan sama ada wang dalam akaun Mohd Najib tersebut adalah wang 1MDB.

Justeru prinsip keadilan apa yang digunakan oleh SPRM dan Kerajaan untuk mengenakan denda dan kompaun ke atas 80 orang ini sedangkan dakwaaan penyelewengan tersebut belum disahkan berlaku.

SPRM telah melampaui prinsip keadilan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Perkara kedua yang tidak kurang pentingnya dalam memutuskan tindakan ke atas penerima ini ialah apakah mereka bersubahat dengan perbuatan tersebut?

Pada masa mereka menerima dana politik atau pembayaran daripada Mohd Najib belum timbul pun tuduhan bahawa Mohd Najib menerima wang dari 1MDB.

Tuduhan penyelewengan terhadap akaun ini hanya muncul pada 2015 setelah akaun ini ditutup.

Jadi jelas tidak ada seorang pun antara mereka mempunyai pengetahuan mengenai tuduhan ini semasa menerima wang tersebut dan membelanjakannya.

Kebanyakan ahli politik, organisasi politik dan NGO yang menerima sumbangan dari akaun ini telah membelanjakan bagi tujuan kebajikan dan kemasyarakatan.

Apakah mereka perlu menuntut semula wang tersebut daripada rakyat yang menerima sumbangan kerusi roda, ubat-ubatan, pembaikan rumah rakyat miskin?

Adalah tidak adil untuk kerajaan mengkompaun mereka yang tidak mendapat apa-apa keuntungan peribadi dari dana ini?

Kelihatan keadilan tidak lagi penting kerana ini peluang kerajaan untuk menekan musuh politik mereka.

Perkara ketiga lebih serius ialah tindakan SPRM mengkompaun syarikat-syarikat yang menerima bayaran daripada akaun ini.

Syarikat-syarikat yang dikompaun ini telah melaksanakan perkhidmatan atas permintaan Perdana Menteri Malaysia.

Ini termasuklah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd yang hanya mencetak buku atas permintaan Pejabat Perdana Menteri dan menerima bayaran atas perkhidmatan mereka.

Tujuan AMLA digubal dan dikuatkuasakan ialah untuk menyekat kegiatan penggubahan wang haram. Ia bertujuan menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menerima wang daripada sumber yang meragukan atau tidak sah.

Sebaliknya syarikat-syarikat ini menerima pembayaran dari akaun Perdana Menteri Malaysia yang dibuka secara sah dalam sistem perbankan Malaysia.

Akaun ini tidak pernah dipertikaikan oleh Bank Negara Malaysia sepanjang transaksi tersebut sehinggalah ia ditutup.

Syarikat-syarikat ini telah menggunakan modal dan tenaga kerja bagi memberi perkhidmatan yang diminta.

Bagaimana Kerajaan boleh bertindak zalim meminta kembali wang tersebut dan mendenda mereka? Tidak mustahil ada syarikat-syarikat kecil akan ditutup berhadapan denda yang sebesar itu.

Perdana Menteri seorang muslim, demikian juga Ketua Pengarah SPRM.

Saya fikir jika mereka faham konsep keadilan dalam Islam maka penerima-penerima yang tidak bersalah ini tidak sepatutnya diminta mengembalikan wang tersebut apatah lagi dikenakan kompaun sehingan 2.5 kali ganda nilai penerimaan.

Jika keadaan ini berterusan akan wujud kemungkinan balas dendam pada masa hadapan.

Maka suatu hari nanti apabila Pakatan Harapan kalah, tidak mustahil syarikat-syarikat yang mendapat pembayaran daripada PH pula akan berhadapan keadaan yang sama.

Sampai bila undang-undang akan disalahgunakan demi kelompok politik yang berkuasa?

Hentikanlah politik balas dendam yang tidak bersempadan ini.

Sumber Facebook Ab Jalil Baker

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...