Tuesday, May 11, 2021

Saksi nampak mangsa pegang botol sebelum rentung

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
444,484
Kes keseluruhan
Updated on May 11, 2021 @ 0:59 00:59
37,396
Total active cases
Updated on May 11, 2021 @ 0:59 00:59
405,388
Sembuh keseluruhan
Updated on May 11, 2021 @ 0:59 00:59
1,700
Jumlah kematian
Updated on May 11, 2021 @ 0:59 00:59

BAGAN SERAI: Seorang saksi mendakwa melihat mangsa yang ditemui rentung dalam kenderaan terbakar di Jalan Bagan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, di sini, hari ini memegang sebotol cecair dipercayai bahan bakar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat bekata, pada 10.30 pagi, saksi berusia 55 tahun itu dalam perjalanan menuju ke kolam udang miliknya dan mendapati terdapat kereta diletakkan di tengah-tengah jalan dan menghalang laluannya.

Menurutnya ketika melalui kenderaan itu, saksi melihat seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu sambil memegang botol cecair pada tangan kirinya dipercayai minyak atau bahan bakar.

“Selepas 100 meter melalui kenderaan itu, saksi terdengar bunyi satu letupan dan mendapati kenderaan itu terbakar.

“Saksi segera berpatah balik untuk menyelamatkan mangsa; bagaimanapun, mangsa enggan keluar dari kenderaan yang terbakar.

“Berikutan keadaan api yang marak, saksi tidak dapat menyelamatkan mangsa dan segera bertindak menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut lagi selepas operasi memadam kebakaran di lakukan pihak bomba, pihak polis menemui mangsa di tempat pemandu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

“Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel berkaitan