Reverse psychology dari Kit Siang untuk mengalih perhatian pengundi dan menimbulkan keselesaan kepada jentera Barisan Nasional (BN)
Depan pengundi Cina Lim Kit Siang kata Wee Jeck Seng calon Muafakat Nasional. Depan pengundi Melayu kata calon MCA.
Janga pula ada yang menari ikut gendang beliau apatah lagi termakan umpan.
………….
Persaingan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai bukannya antara calon MCA dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi antara calon Muafakat Nasional dengan PH.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Wee Jeck Seng merupakan calon parti gabungan parti UMNO, Pas, MCA dan MIC dan bukannya calon MCA.
Berikutan itu, beliau menganggap PRK kali ini sebagai cabaran yang sukar apabila berdepan Barisan Nasional (BN) dan adalah penting membawa mesej bahwa masa depan Malaysia bergantung kepada kerjasama semua agama dan kaum.
“Ini bukan peperangan antara agama dan bangsa tetapi melibatkan kerjasama semua bangsa dalam membentuk negara yang harmoni dan benar-benar berjaya.
“Sebenarnya calon MCA bukan mewakili MCA tetapi dia adalah calon Muafakat Nasional, maka pertembungan ini adalah antara PH dan Muafakat Nasional sebab itulah malam ini semua pemimpin tertinggi Pas dan UMNO MCA dan MIC turun di Tanjung Piai dan berceramah.
“Saya harap pada 16 November ini kita menerima berita baik untuk PH dan Karmaine dan pengundi menunjukkan bahawa mereka mahu PH meneruskan misi untuk membentuk negara berkelas dunia.
“Walaupun wujud pelbagai kekangan kita tidak akan berputus asa dalam memastikan negara dihormati dunia,” katanya semasa berceramah dalam Program Borak Kopitiam di Penerok malam ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Cheng Choon bersama kira-kira 150 komuniti Cina di sini.
Beliau turut meminta pengundi Tanjung Piai memikirkan secara bijak dan membuat keputusan terbaik memilih PH demi membentuk masa depan terjamin untuk semua kaum. – MalaysiaGazette