Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

REALISME TANJUNG PIAI

Politik adalah sesuatu yang sangat menarik kerana pusingan perubahan yang berlaku dalam politik ‘sangat ganas’ dan sukar dijangka. Hari ini anda boleh di atas, beberapa minggu lagi anda mungkin sudah berada di bawah. Semalam anda dijulang, esok anda boleh dilanyak secukupnya.

Lapan belas bulan lalu ramai orang memuji dan memuja kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengeji bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Hari ini jumlah yang percaya kepada PH makin berkurangan dengan sangat banyak, manakala BN dan Pas mula mendapat sokongan rakyat. Malahan Mohd Najib yang berhadapan puluhan pertuduhandan di pandang seperti ‘pariah’ politik lapan belas bulan lalu, kini mungkin sudah lebih popular dari PH.

Populariti PH pada awal pentadbiran sangat jelas apabila mereka menang selesa dalam empat Pilihan Raya Kecil (PRK) terawal iaitu PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.

Walaupun keempat-empat kawasan ini merupakan kawasan PH dalam PRU-14, namun kekalahan parti pembangkang secara berturut-turut ini mewujudkan pergolakan politik sehingga menyebabkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan percutian sementara.

Apabila Mahkamah membuat keputusan kemenangan BN dalam PRU-14 bagi Parlimen Cameron Highland tidak sah, PH begitu yakin akan merampas kerusi tersebut. UMNO pula dalam keadaan tidak stabil dan sedang melalui proses pemulihan di bawah Timbalan Presiden Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang memangku jawatan Presiden.

Dalam keadaan itu BN membuat keputusan di luar kebiasaan dengan menamakan Ramli Mohd Noor sebagai calon. Pencalonan Ramli dari masyarakat orang Asli yang bukan ahli UMNO pun ketika itu telah memberi perspektif baharu kepada parti yang dilihat sebagai ‘dinasour politik’ ini.

Kekalahan PH di Cameron Highland sangat mengejutkan. Dengan kekuatan segala jentera kerajaan Persekutuan sehingga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri turun berkempen, PH masih gagal merampas kerusi tersebut.

Dalam PRK seterusnya BN merampas kerusi DUN Semenyih dari parti Bersatu dan kemudiannya mengekalkan Dun Rantau yang diadakan pemilihan semula atas arahan mahkamah.

Realiti di Tanjung Piai

Tidak ramai pemerhati politik memberi peluang kepada BN untuk menang apabila parti tersebut membuat keputusan meletakkan calon dari masyarakat Cina di kerusi majoriti Melayu.

Bagaimanapun BN meneruskan kejutan apabila merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan mudah berdasarkan majoriti 15, 086 undi.

Di sebalik hiruk-pikuk dan riuh-rendah kemenangan besar ini, realiti sebenar tidaklah sehebat digambarkan. Tiga calon teratas, Wee Jeck Seng (BN) menerima 25,466 undi, Karmaine Sardini (PH) 10,380 undi dan Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707 undi.

Dalam PRU-14, PH mendapat undi sebanyak 21,255, BN dapat 20,731 undi dan Pas 2,962 undi. Jumlah undi BN dan Pas dalam PRU-14 ialah 23,693. Ini bermakna BN atau Muafakat Nasional hanya mendapat peningkatan undi sebanyak 1773 sahaja.

Jelas di sebalik segala keputusan kerajaan yang meragukan, kegagalan menunaikan janji dan perbalahan dalaman PH, BN masih belum boleh mendabik dada mendapat sokongan kuat rakyat.

Jumlah keluar mengundi 74.5 peratus berbanding 88% dalam PRU-14 menunjukkan ada indikator lain perlu diambil kira oleh BN. Ini termasuk ketidakhadiran pengundi luar dan protes pengundi yang tidak berpuas hati dengan PH tetapi belum bersedia mengundi BN.

Dalam masa yang sama terdapat perubahan pola undi masyarakat Cina kepada BN kerana faktor calon dan juga sentimen PRK. Pengundi masyarakat Cina juga mempunyai kecenderungan mengundi pembangkang dalam PRK.

Justeru peningkatan undi sebanyak 1773 ini bukanlah jaminan perkara yang sama akan berulang dalam PRU-15 nanti.

Oleh kerana politik sentiasa berhadapan pusaran ganas naik turun, BN harus mengambil kira persepsi pengundi atas pagar dalam berhadapan PRU akan datang. Jangan mudah menganggap kemenangan ini sebagai satu isyarat penerimaan rakyat kepada BN secara total.

Harus ada kaji sellidik kebolehterimaan majoriti pengundi terhadap hala tuju, idea dan kepimpinan parti menjelang PRU akan datang. Pemimpin harus sedia berkorban untuk kemenangan parti bukan sebaliknya.

BN dan Maufakat Nasional ada peluang untuk mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU-15

Namun masih banyak kerja dan perubahan perlu dilakukan jika mahu menang. PRU menentukan kerajaan tidak sama dengan PRK yang menjadi pentas pergolakan politik dalaman, protes rakyat dan kredebiliti calon.

Pengundi masih dalam keadaan tunggu dan lihat terhadap perubahan dan komitmen baharu BN terutamanya UMNO. Kita menunggu sama ada UMNO sedar akan keperluan ini atau sekadar leka dibuai angin petang di Tanjung Piai.

(Sebahagian artikel ini diterbitkan dalam Sinar Harian 25 November 2019)

Sumber
Facebook Ab Jalil Backer

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...