Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Rakyat Makin Terseksa Di Bawah Kerajaan PH… Pentadbiran Gagal, Penuh Huru-hara – Ismail Sabri

RAUB, 3 Okt. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang gagal dan penuh huru-hara malah pentadbiran mereka hari ini lebih banyak menyusahkan rakyat khususnya mereka yang bergelar peneroka dan petani.

Katanya, ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil inisiatif membantu rakyat dengan mengenalpasti permasalahan mereka misalnya orang-orang Melayu yang begitu miskin ekonominya maka diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga berjaya mengubah nasib anak-anak bangsa untuk bangkit dan menjadi golongan profesional.

“Felda, Felcra, MARA, UDA ditubuhkan dan semuanya untuk kepentingan orang-orang Melayu dan selepas itulah berlaku perubahan hidup terhadap masyarakat tersebut.

“Hari ini orang Felda yang paling teruk kena sebagai contoh pendapatan sawit merudum, bila PH menang kononnya hutang terhapus tapi lain ceritanya … saya bangkitkan perkara ini dalam Parlimen,” ucapnya semasa Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Raub, malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan isu ini dibangkitkan di Parlimen namun pihak PH boleh mengatakan ‘jangan bimbang’ sedangkan rakyat peneroka semakin gusar dengan penurunan harga minya kelapa sawit yang begitu drastik.

Ini cukup jauh berbeza dengan pentadbiran zaman BN apabila pendapatan peneroka kurang daripada RM1,500 maka hutang akan ditangguhkan untuk pembayaran tersebut, ujarnya

Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh berkaitan pasaran minyak kelapa sawit di peringkat antarabangsa yang turut menjejaskan pendapatan petani.

“Air Asia merupakan salah satu syarikat yang terbesar membeli ‘air bus’ yang dibuat oleh Perancis tapi Perancis ingin memboikot minyak kelapa sawit… pihak kerajaan Malaysia juga akan memboikot membeli jet atau kapal terbang dari Perancis, maka boikot ditangguhkan.”

Katanya, Perancis adalah negara yang memboikot dan menghalang minyak kelapa sawit di pasaran mereka tetapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjumpa pemimpinnya memaklumkan dan membincang serta menjelaskan bahawa minyak kelapa sawit tidak berbahaya kepada pengguna.

Lantas kerana itu katanya, pembelian sawit meningkat ekoran Kesatuan Eropah (EU) adalah pembeli terbesar tetapi hari ini kerajaan PH bukannya berbincang dan berjumpa pihak EU sebaliknya berkempen untuk minum minyak kelapa sawit pula.

“PH bukan hanya kerajaan gagal melaksanakan janji-janjinya terhadap peneroka Felda dan rakyat tetapi juga gagal melakukan tugas sebagai pentadbir negara.

“Kerajaan yang gagal, kerajaan yang penipu, kerajaan kencing dan inilah yang kita perlu berdepan dengan mereka. Sudahlah gagal menjaga kepentingan umat Islam, gagal menjaga kebajikan Melayu dan gagal menjaga kepentingan masyarakat luar bandar.

“Inilah hakikat kita di bawah kerajaan yang gagal, dulu orang kata kerajaan ini adalah kerajaan sepenggal, tapi kita harap kerajaan hari ini kerajaan separuh penggal dan saya harap kita semua bersedia kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan bila-bila masa.” –UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...