Norbhaiti bt Sabar Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menyerahkan petisyen menolak keras ratifikasi ICERD yang mahu di buat oleh kerajaan PH seperti dibangkitkan oleh Menteri mereka.
Seramai lebih 4000 tandatangan berjaya dikumpulkan daripada kalangan ahli ahli puteri dan rakyat dalam Wilayah Persekutuan setakat ini, dan sedang digerakkan di negeri negeri lain seluruh Malaysia.
Walaupun Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD, namun kami tetap akan teruskan mengumpul tandatangan rakyat pada petisyen ini.
Puteri UMNO Wilayah Persekutuan juga akan turun beramai ramai pada himpunan Ummah yang dijadualkan pada 8 Disember 2018 nanti.
ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
24 Nov 2018