Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Puteri juga akan terus ber-‘Solidariti’

Kenyataan media Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Terima Kasih kepada rakan-rakan media yang mencari saya sejak semalam minta untuk mengulas tentang apa pendirian Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkenaan kedudukan Presiden UMNO

1. Sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia saya sudah pun punya pendirian tersendiri dalam isu berkenaan kedudukan Presiden sebelum ia menjadi topik hangat di media lagi.

2. Puteri mengutamakan kematangan bertindak dan akan sentiasa berbincang secara keluarga bersama Jawatankuasa Pengurusan, Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang mana Puteri adalah anggotanya.

3. Puteri memahami cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Pembangkang, jadi kami percaya Presiden UMNO mempunyai kebijaksanaan dalam menentukan pendiriannya

4. Puteri juga berpendapat proses undang-udang yang sedang berjalan adalah peluang terbaik untuk Presiden UMNO membersihkan nama beliau.

5. Beliau mempunyi hak untuk mendapatkan keadilan yang sebaik mungkin berdasarkan prinsip ‘Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’ dan tidak sepatutnya kita bersikap ‘prejudis’ dengan membuat perbicaraan di media.

6. Seperti semua maklum parti kita sedang ditekan kuat oleh pihak kerajaan, seorang demi seorang pemimpin kita didakwa, kemungkinan ramai lagi akan dikenakan tindakan bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih yang mereka amalkan.

7. Puteri juga akan terus ber-‘Solidariti’, mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Presiden parti disaat kita diuji sekarang ini. Puteri terus memberi sokongan kepada Presiden parti untuk mempertahan dan melindungi parti dari terjerumus ke jurang yang lebih berbahaya demi masa depan Agama, orang Melayu dan negara tercinta.

8. Kami umpama anak yang tidak tergamak untuk ‘menghentak’ dan menambah beban emosi kepada ‘Ayah’ yang sedang berhadapan masalah ketika menguruskan ‘keluarga besar UMNO’ ini.

9. Justeru itu Puteri memohon agar ahli-ahli UMNO umumnya dan ahli Puteri khasnya agar bertenang dan terus mendoakan kebaikan para pemimpin dan parti yang kita sayangi ini.

10. Sama-sama kita teruskan rapatkan saf, berjuang dengan penuh keikhlasan dalam usaha kembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini. UMNO Sebuah perjuangan.

ZAHIDA ZARIK KHAN
[Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia]
26 OKTOBER 2018

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...