Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Pucuk pimpinan di ambang pertukaran?

Penarikan sokongan dua Ahli Parlimen Umno terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Januari menimbulkan kerisauan berhubung kejatuhan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) namun pengisytiharan darurat menutup spekulasi itu.

Kini terdapat khabar angin yang bertiup mengenai beberapa perubahan kuasa yang bakal berlaku.

Selepas hampir enam bulan sejak darurat diisytiharkan pada 12 Januari, timbul kembali persoalan sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Dengan keadaan darurat yang masih berterusan persidangan semula Parlimen masih kelihatan jauh.

Raja-raja Melayu menzahirkan pandangan bahawa tidak ada keperluan untuk melanjutkan darurat dan Parlimen harus bersidang semula.

Pemerhati melihat pandangan itu sebagai maklum balas terhadap situasi Covid-19 yang semakin buruk selain mewakili permintaan rakyat yang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang semakin goyah.

Muhyiddin berkata, Parlimen boleh bersidang semula menjelang September atau Oktober sekiranya kes jangkitan berada di bawah paras 2,000 namun laungan untuk mengembalikan demokrasi semakin kuat dan sebahagian mereka di dalam kerajaan percaya kuasa eksekutif tidak akan menutup telinga.

Sudah ada desas-desus mengatakan bahawa Muhyiddin akan menyerahkan kuasa kepada Hishammuddin Hussein, seorang pemimpin Umno yang dilihat sebagai ‘jambatan’ antara partinya dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin.

Walaupun ‘tidur sekatil’ dengan kerajaan, kebencian antara dua parti berteraskan orang Melayu itu bukan lagi satu rahsia.

Ada segelintir yang percaya pelantikan Hishammuddin sebagai perdana menteri boleh memberi sedikit masa kepada kerajaan dan penangguhan oleh Umno sebagai salah satu pengkritik terbesar kerajaan.

Namun ia masih kekal sebagai salah satu daripada khabar angin yang tersebar.

Sejak bulan lalu, beberapa nama menjadi sebutan bermula daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim hingga veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah namun spekulasi itu sering berubah-ubah.

Pada masa sama, terdapat cakap-cakap dalam kalangan pihak atasan dalam pentadbiran itu sendiri.

Salah seorang kakitangan kanan kerajaan memberitahu FMT, terdapat sebahagian daripada mereka diminta “bersedia” dengan perubahan dalam kepimpinan.

“Pada mulanya, ia hanya khabar angin dan rasa curiga tetapi kini angin semakin bertiup kencang,” kata sumber yang tidak mahu didedahkan identiti.

Sumber memberitahu bahawa semalam lebih ramai pegawai atasan dimaklumkan mengenai kemungkinan berlakunya perubahan itu sebelum menyampaikan maklumat terbabit kepada pegawai lain.

Menurutnya, spekulasi semakin kuat apabila Pejabat Perdana Menteri memberitahu bahawa Muhyiddin dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.

“Kami berharap beliau dalam keadaan baik. Tetapi situasi politik di negara ini perlu diselesaikan kerana ia menjejaskan perkhidmatan awam,” kata sumber itu.

Seorang lagi pegawai atasan berkata, dia juga mendengar cakap-cakap itu tetapi hanya menganggapnya sebagai “khabar angin semata-mata”.

Dalam apa sahaja keadaan kakitangan awam itu berkata, mereka bersedia dengan apa sahaja perubahan dan hanya mahu melaksanakan tugas di bawah sebuah kerajaan yang berfungsi.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...