Ada lagi ke penyokong PH yang masih sebar fitnah bahawa kapal selam kita tak boleh selam?
Ini kenyataan rasmi TLDM minggu lepas.
“Jadi, bagaimana ada pihak mengatakan kapal selam negara tidak mampu menyelam. Seharusnya, rakyat Malaysia memberi sokongan kepada anggota TLDM yang sentiasa berkorban apa sahaja demi mengawasi perairan negara,” kata kenyataan ini.
Takkan Mat Sabu masih mahu fitnah lagi TLDM di bawah kementerian dia?
Masih mahu fitnah saya lagi?
Tentang dakwaan rasuah untuk pembelian kapal selam ini yang dimuktamadkan pada tahun 2002 (masa PM ke-4), SPRM di bawah kerajaan PH telah menyiasat kes ini sejak bulan November 2018 (satu tahun dahulu).
19 November 2018: “SPRM buka semula kes pembelian Scorpene”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/499832/sprm-buka-semula-kes-pembelian-scorpene
Tentang pembunuhan Altantuya yang dikatakan ada kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene ini, PDRM di bawah kerajaan PH juga telah mengeluarkan kenyataan pada bulan February 2019 lalu bahawa tiada bukti saya terlibat.
22 Feb 2019: ‘Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi’
https://www.malaysiakini.com/news/465213