Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTanjungPiai: Wee masih berpengaruh, ceramah MCA penuh

BN teruskan usaha.
Kalahkan PH:
– yang menang atas fitnah,
– yang incompetent,
– yang tidak berhenti menyalahgunakan kuasa mereka untuk menekan parti BN dan Rakyat,
– yang menjahanamkan ekonomi negara,
– yang hanya tahu jual semua aset negara dibina masa BN serta menaikkan hutang negara dengan begitu pantas sekali,
– yang kencing rakyat berterusan dengan menipu manifesto, secara terang-terang,
– yang tarik balik bantuan-bantuan kepada rakyat.

Tumbangkan PH ini dengan menteri-menteri sijil palsu paling lawak mereka.

Najib Razak

………

Wee masih berpengaruh, ceramah MCA penuh

Kira-kira 300 orang hadir ke ceramah pertama anjuran MCA di bilik gerakan mereka di Pekan Nenas malam tadi.

Hadirin yang rata-ratanya penduduk Cina pertengahan umur menzahirkan sokongan mereka buat Wee Jeck Seng. Sepertiga daripada hadirin memakai baju t MCA.

Wee yang pernah menjadi anggota parlimen Tanjung Piai, pada pandangan mereka, merupakan pemimpin Cina yang berdedikasi dan pemurah.

“Susah nak tengok orang datang ceramah seramai ini […]. Sebelum ni (PRU-14) DAP buruk-burukkan MCA, sebab itu kehadiran ceramah kecil,” kata Tan Chai Huat, 56, kepada Malaysiakini.

Dia yang mengundi PH dalam PRU lalu akan memilih MCA kali ini kerana kecewa dengan DAP yang menurutnya, telah dikawal oleh Bersatu. Itu katanya, akan memberi amaran kepada PH dan memberi isyarat kepada Umno bahawa mereka takkan berjaya memenangi pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Phuan Ai Bon, 54, juga mengenang rekod cemerlang Wee ketika menjadi MP Tanjung Piai selama dua penggal.

Katanya, Wee mudah membantu penduduk dan rajin memberi sumbangan beras, minyak masak, dan bantuan lain setiap tiga bulan.

Perkara senada disuarakan Phua Siew Yok, 66, yang memberitahu: “Kalau kamu telefon dia, dia tak (dapat) jawab, dia mesti telefon balik punya”.

Wee dalam ceramahnya, mengaku berasa sedih apabila kalah dalam PRU-14 lalu, tetapi tetap komited untuk pulang ke Tanjung Piai sebulan sekali.

Malah, katanya dia masih lagi menerima panggilan telefon dan aduan daripada penduduk.

“Sekarang saya bergantung pada anda semua untuk memenangi PRK ini. […] Tolong berikan sokongan anda kepada saya!” Katanya disambut sorakan gamat daripada hadirin yang hadir.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru, antara Wee (MCA), Karmaine Sardini (Bersatu), Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), Wendy Subramaniam (Gerakan), dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Pada PRU14, Dr Mohd Farid Mohd Rafik dari Bersatu menang dengan margin 524 undi, mendapat 21,255 undi, mengalahkan Wee yang mendapat 20,731 undi.

Mohd Farid yang juga timbalan menteri di JPM meninggal dunia September lalu.

Kempen PRK Tanjung Piai bermula secara rasmi hari ini, manakala hari pembuangan undi ditetapkan pada 16 November.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...